10 Kartunis Ini Pernah Gegarkan Persada Komik Negara Sekitar Tahun 1990an

Gila-Gila, Ujang dan APO? Itu antara majalah komik yang pernah popular serta menjadi fenomena dan kegilaan netizen sekitar era 90-an. Tahukah anda, disebalik komik berkenaan terdapatnya pelukis kartun yang digelar sebagai kartunis?

Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat, kartunis didefinasikan sebagai seseorang yang kerjanya melukis kartun secara profesional. Merekalah orang yang bertanggungjawab serta bertungkus-lumus menyiapkan kartun sebelum dateline dan sentiasa pening kepala mencari idea-idea fresh buat tatapan para pembaca komik.

Kebanyakkan daripada mereka masih lagi berkarya sehingga ke hari ini. Ada di antaranya memperlahankan rentak dek kerana kesibukkan menguruskan keluarga dan kerjaya yang lain.

Di sini, saya kongsikan buat anda 10 kartunis yang pernah popular di Malaysia di kalangan pembaca dan pencinta komik tempatan.

1. Rejabhab

10-kartunis-ini-pernah-gegarkan-persada-komik-negara-sekitar-tahun-1990an-2
‘Raja Kartun Malaysia’, Rejabhab merupakan insan yang hebat dan banyak memberikan inspirasi buat para kartunis negara dan masyarakat. Selain Raja Kartun Malaysia, Rejabhab atau nama sebenarnya Rejab Hab turut mendapat jolokan ‘Penghulu’ bagi para kartunis tanah air.

Dilahirkan pada 23 Ogos 1939 di Permatang Pauh, Pulau Pinang, kartunis lagenda berkenaan mula melukis ketika berusia 19 tahun semasa bertugas dalam pasukan Askar Diraja Melayu.

10-kartunis-ini-pernah-gegarkan-persada-komik-negara-sekitar-tahun-1990an-3

Kartun sulungnya disiarkan dalam majalah Gelanggang Filem (terbitan Allahyarham Tan Sri P Ramlee) pada Julai 1958. Antara karyanya yang terkenal dan masih melekat di minda peminatnya seperti ‘Periwira Mat Gila’, ‘Tan Tin Tun’, ‘Mawar Oh Mawar’, ‘Selendang Siti Rugayah’, ‘Prebet Dabus’ dan banyak lagi.

Selain melukis, Rejabhab yang mesra disapa Pak Jab suka membaca, mendengar muzik, menonton televisyen dan filem, mengumpul setem sebagai aktiviti waktu senggangnya. Beliau turut mempunyai bakat dalam bermain biola dan mengarang lagu.

Sepanjang hidupnya, beliau telah menjadi mentor kepada kebanyakan kartunis hebat tanah seperti Datuk Lat, Juragan, Imuda, Cabai, Ujang, Ubi dan ramai lagi. Koleksi majalah dan artikelnya tersimpan di galeri beliau di Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang.

Pak Jab mendedikasikan kecintaanya terhadap dunia kartun sehingga akhir hayatnya, dengan karya akhirnya, ‘Siri Amal’ (anak Periwira Mat Gila). Beliau menghembuskan nafas terakhir pada 14 November 2002 ketika berusia 63 tahun kerana penyakit jantung.

2. Jaafar Taib

10-kartunis-ini-pernah-gegarkan-persada-komik-negara-sekitar-tahun-1990an-4
Namanya bukan asing di kalangan kartunis lama mahupun baru bahkan mekar mengharum dalam industri majalah komik dan kartun negara. Bagi pencinta Majalah Gila-Gila, pastinya mengenali nama kartunis Jaafar Taib menerusi siri kartun ‘Kalau…’.

Sebelum berjinak-jinak menghasilkan karya kartun secara serius, anak jati Alor Gajar, Melaka itu merupakan seorang pelukis ilustrasi dan komik.

Dilahirkan pada 28 Julai 1952, Jaafar memulakan karier seni lukisnya di beberapa syarikat penerbitan seperti Utusan Melayu dan Kumpulan Varia Pop. Selain sibuk dengan kerja-kerja ilustrasi, beliau juga turut menghasilkan beberapa buah komik.

10-kartunis-ini-pernah-gegarkan-persada-komik-negara-sekitar-tahun-1990an-5

Jaafar terus melebarkan sayapnya dengan menubuhkan syarikat Creative Enterprise pada tahun 1976 bersama-sama kartunis hebat seperti Mishar, Raja Hamzah dan Azman Yusof dengan menerbitkan majalah komik seperti Murni dan Bambino.

Pada 1 April 1978, Majalah Gila-Gila diterbitkan dimana bermulalah penglibatan Jaafar dalam bidang kartun. Kemunculan majalah humor berkenaan menjadi fenomena serta membawa dimensi baru dalam dunia kartun dan pasaran majalah tempatan.

10-kartunis-ini-pernah-gegarkan-persada-komik-negara-sekitar-tahun-1990an-6

Selain komik dan kartun, Jaafar adalah pelukis hebat dengan menghasilkan catan. Antara catannya yang sangat dikagumi ialah siri burung-burung di Malaysia.

Hasil karya seninya mendapat perhatian daripada pelbagai pihak serta mendapat penghargaan di merata tempat, dari pameran yang diadakan di tengah-tengah hutan sehingga ke galeri di dalam istana.

Selain Pameran Terbuka Galeri Seni Negara Kuala Lumpur pada tahun 1983 dan 1986, Jaafar turut menyertai:

i. Art Exbibition Bank Negara Malaysia (1989)
ii. July Fest Exhibition, Taman Negara Resort, Pahang (1993)
iii. International Birds Race (Solo Exbihition) Fraser Hill (2003)
iv. Pameran Seni Rupa Inspirasi Perak (2005)
v. Pameran Anugerah Merdekadan Sketsa Sains (2013)

Paling menarik, sebahagian besar dari hasil kerjanya turut dibeli dan dikumpul oleh pihak-pihak swasta serta korporat tempatan dan antarabangsa termasuklah Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohammad.

Pelbagai kejayaan manis diraih oleh Jaafar seperti karyanya tersiar di majalah tahunan Japanese Creator’s Association (JCA), ilustrasinya pernah menghiasi kulit luar salah satu edisi Reader’s Digest.

Malah, hasil-hasil kerja turut dipilih menjadi hiasan muka depan kalendar yang diterbitkan oleh syarikat-syarikat korporat seperti Tenaga Nasional Berhad (TNB), Edaran Otomobil Nasional berhad (EON), TOSHIBA, ESSO dan banyak lagi.

Sepanjang bergelar kartunis, Jaafar pernah dianugerahi Kartun Satu Muka Terbaik di Anugerah Pekomik 2010 menerusi karyanya bertajuk Jungle Jokes (Majalah Gila-Gila), Kartunis Dedikasi, Anugerah Khas Penggiat Kartun di Program Pameran Kartun dan Animasi 1Malaysia (2012), dan Anugerah Perdana Kampung Boy menerusi Anugerah Kampung Boy 2015 di Putrajaya.

3. Mishar

10-kartunis-ini-pernah-gegarkan-persada-komik-negara-sekitar-tahun-1990an-7
Meor Shariman Meor Hassan atau lebih dikenali dengan nama Mishar dilahirkan di Bruas, Perak. Mula berkarya sejak tahun 1960-an lagi menerusi Majalah Filem, Akhbar Utusan Malaysia dan Akhbar Utusan Pelajar.

Kartun Malaysia Meriah adalah hasil tangan beliau ketika bersama Utusan Malaysia. Sekitar tahun 1970-an, Mishar boleh dianggap sebagai pelopor dunia kartun dan komik negara.

Beliau bersama-sama Jaafar Taib, Azman Yusof, Zainal Buang Hussein telah menubuhkan Creative Enterprise Sdn Bhd dengan menerbitkan majalah humor Gila-Gila.

Pada peringkat awal penerbitan, majalah Gila-Gila dianggap sebagai medan untuk kartunis Malaysia bagi tujuan menyampaikan mesej kepada pembaca melalui kartun. Kartun-kartun yang disiarkan Gila-Gila berlatar belakang cerita rakyat Malaysia secara humor dan simbolik.

10-kartunis-ini-pernah-gegarkan-persada-komik-negara-sekitar-tahun-1990an-8

Pada tahun 1984, Mishar meninggalkan syarikat penerbitan itu dan menubuhkan Creative Holding Sdn Bhd dan menerbitkan majalah Batu Api.

Dengan tema, format yang agak berbeza, Batu Api merupakan majalah humor yang agak lantang menyampaikan mesej mengkritik di atas tanggungjawab sosialnya kepada masyarakat. Maskot Batu Api ialah seorang lelaki bercermin mata hitam bertopi dan jaket persis seorang penyiasat sedang menghisap paip.

10-kartunis-ini-pernah-gegarkan-persada-komik-negara-sekitar-tahun-1990an-9

Pada 1989 pula, beliau menerbitkan satu lagi wadah kartun berbentuk tabloid iaitu Warta Jenaka. Selain Malaysia Meriah, Kapten Mera dan Asmaradana merupakan antara hasil karyanya yang popular.

Mishar bukan sahaja kartunis malahan terkenal sebagai seorang penulis yang tersohor dengan menggunakan beberapa nama pena seperti Mansasar dan Renlotol.

4. Zainal Buang Huseein

10-kartunis-ini-pernah-gegarkan-persada-komik-negara-sekitar-tahun-1990an-10
Dilahirkan 1954 di Keluang Johor, Zainal Buang Hussein merupakan antara penggerak awal dalam dunia penerbitan majalah humor negara kita.

Walaupun tidak pernah menerima pendidikan secara formal di dalam bidang seni lukis, beliau membuktikan bakat semulajadi yang dianugerahkan kepadanya bukan sesuatu yang tidak harus disia-siakan. Antara buku kartunnya yang terkenal ialah Koleksi (1997), Nostalgia (1998) dan Seleksi (1999).

10-kartunis-ini-pernah-gegarkan-persada-komik-negara-sekitar-tahun-1990an-11

10-kartunis-ini-pernah-gegarkan-persada-komik-negara-sekitar-tahun-1990an-12

 

Selain bergelar pelukis ilustrasi dan kartunis hebat, beliau sempat menghasilkan beberapa buah novel dengan melibatkan diri dalam penulisan sejak 1988.

Debu-Debu Di Kaca (1993), Di Ulit Mimpi, Serakah (1994), Gelombang (1995), Sugar Dady (1995), Kasanova (1996), Cinta Di Perumputan (1997), Kumal (1997), Kekasih Abadi (1997) dan Meniti Gelombang (2006) adalah hasil karya penulisannya.

Karyanya pernah memenangi Anugerah Lukisan Terbaik Asean di Brunei pada tahun 1985, Tokoh Penggiat Kartun Malaysia 2012 dan diiktiraf oleh Kelab Kartunis Malaysia menerusi Anugerah Kartunis Legenda di Anugerah Kampung Boy 2015.

Paling menarik, karya diangkat sebagai penghias setem Malaysia oleh Pos Malaysia Bhd sempena sambutan Hari Kebangsaan 2015.

5. Datuk Lat

10-kartunis-ini-pernah-gegarkan-persada-komik-negara-sekitar-tahun-1990an-13
Tentu anda masih ingat bukan siri kartun yang bertajuk ‘Kampung Boy’ yang memaparkan kisah kehidupan anak-anak di kampung. Pastinya anda mengetahui siapakan gerangan kartunisnya di sebalik siri kartun popular berkenaan.

Datuk Lat atau mana nama sebenarnya Mohammad Nor Khalid telah dilahirkan pada 5 Mac 1951 di Kota Baru, Perak. Mulai mencerna bakat sejak di bangku sekolah lagi dimana ketika berumur 13 tahun, beliau telah menghasilkan buku yang bertajuk ‘Tiga Sekawan’ yang memaparkan kisah tentang tiga sahabat menangkap penjahat.

Seterusnya, beliau mula berhijrah ke Kuala Lumpur dan bertugas di News Straits Times sebagai pemberita atau wartawan. Walaupun sibuk dengan tugasnya sebagai wartawan, namun minatnya terhadap kartun tetap diteruskan.

10-kartunis-ini-pernah-gegarkan-persada-komik-negara-sekitar-tahun-1990an-14

10-kartunis-ini-pernah-gegarkan-persada-komik-negara-sekitar-tahun-1990an-15

Pada tahun 1974, Lat menjadi kartunis editorial sepenuh masa dengan melukis di ruangan ‘Scene of Malaysia Life’. Sekitar 1979, sebuah buku bercorak autobiografi ‘Kampung Boy’ diterbitkan.

Selepas itu, menyusul beberapa buah lagi, antaranya ‘Town Boy’, ‘With A Little Bit Of Lat’, ‘Lots More Lat’ dan banyak lagi.

Menariknya, buku Kampung Boy turut diterjemahkan ke dalam pelbagai bahasa seperti bahasa Perancis dan Jepun. Kampung Boy juga telah dianimasikan sebanyak 12 episod dan mula ditayangkan pada Februari 1997.

Datuk Lat turut diberikan Anugerah Ijazah Kehormat Doktor Falsafah (Antropologi dan Sosialogi) pada tahun 2007 sebagai penghargaan kepada kejayaan beliau dalam menghasilkan kartun yang mempunyai nilai komedi intelek.

Beliau turut dinobat Anugerah Kewartawan Petronas (Anugerah Khas Juri) pada tahun 2005 dan Anugerah Merdeka 2014 bagi kategori pendidikan dan komuniti berdasarkan sumbangannya dalam mempromosikan identiti Malaysia menerusi penggunaan kartun bagi tujuan promosi pemahaman kalangan komuniti pelbagai etnik di negara ini.

Paling manis, Kelab Kartunis Malaysia (KKM) telah mengadakan majlis penganugerahan buat kartunis tempatan dalam menghasilkan karya-karya yang hebat menerusi Anugerah Kampung Boy 2015. Anugerah itu diambil sempena karya popular Datuk Lat yang telah berkecimpung dalam industri seni lukis tanah air sejak setengah abad yang lalu.

6. Reggie Lee

10-kartunis-ini-pernah-gegarkan-persada-komik-negara-sekitar-tahun-1990an-16
Reggie Lee merupakan satu-satunya kartunis berbangsa Cina yang berkarya di Majalah Gila-Gila. Dilahirkan pada tahun 1958 di Pulau Pinang, karya pertamanya tersiar dalam Gila-Gila pada bilangan 25 (1 September 1979).

Karya anak keempat daripada lima adik beradik itu banyak menyentuh aspek kebudayaan dan kehidupan masyarakat Cina. Beliau pernah bertugas sebagai pengarah seni di sebuah agensi pengiklanan terkemuka.

10-kartunis-ini-pernah-gegarkan-persada-komik-negara-sekitar-tahun-1990an-17

Antara karya kartunnya yang popular ialah ‘Made in Malaysia’ (koleksi kartun berbahasa Inggeris terbitan Berita Publishing-1984) dan ‘Can or Not’.

10-kartunis-ini-pernah-gegarkan-persada-komik-negara-sekitar-tahun-1990an-18

Paling menarik, kartunnya pernah menjadi penghias papan tanda iklan, iklan agensi kerajaan dan swasta. Salah satunya, beliau berkolaborasi bersama Microsoft Malaysia untuk membuat Windows Theme sempena hari kemerdekaan.

Beliau turut dinobat Anugerah Kartunis Editorial di Anugerah Kampung Boy 2015 yang disampaikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak di Putrajaya. Selain itu, beliau turut menerima Anugerah Kartunis Masyarakat Malaysia sempena Pameran Kartun dan Animasi 1Malaysia 2012 yang telah berlangsung di pekarangan Pasar Seni, Kuala Lumpur.

Selain melukis, Reggie turut suka fotografi dan melancong dimana pernah menulis artikel kembaranya bagi majalah tempatan.

7. Rasyid Asmawi

10-kartunis-ini-pernah-gegarkan-persada-komik-negara-sekitar-tahun-1990an-19
Bagi penggemar kartun ‘From Taiping With Love’ dalam majalah Gila-Gila, pastinya mengenali nama kartunis Rasyid Aswawi. Kartunis yang dilahirkan di Bagan Datoh, Perak pada 14 November 1957 dan dibesarkan di Taiping, Perak ini merupakan antara penyumbang terawal yang berkarya di majalah Gila-Gila.

10-kartunis-ini-pernah-gegarkan-persada-komik-negara-sekitar-tahun-1990an-20

Karyanya disiarkan buat pertama kali dalam majalah Gila-Gila bilangan ke 6 pada September 1978. Sebelum melukis di majalah Gila-Gila, Rasyid giat melukis komik kartun seperti ‘Combat’, ‘Spy Kulup’ dan banyak lagi.

10-kartunis-ini-pernah-gegarkan-persada-komik-negara-sekitar-tahun-1990an-21

Selain From Taiping With Love, antara karyanya yang cukup popular di majalah Gila-Gila seperti Terkenang Semasa Dulu, 4 Bujang Lapuk, Hikayat Jutawan Belacan dan Keluarga Cikgu Mat Pencen.

Karya kartun pernah dipamerkan di Pameran Lagi Lagi Gila-Gila di Galeri Petronas, Suria KLCC iaitu sebuah pameran terbesar berdasarkan kartun dan humor di Malaysia buat peminat setia yang sekian lama meminati bahan bacaan komik tersebut.

Cita-cita asal beliau untuk menjadi penulis novel tetapi beliau tetap berbangga kerana dapat berkarya dalam bentuk kartun. Beliau kembali ke Rahmatullah pada September 1997.

8. Cabai

10-kartunis-ini-pernah-gegarkan-persada-komik-negara-sekitar-tahun-1990an-22

‘Tiga Dara Pinggitan’, antara karya yang mengangkat nama kartunis Cabai atau nama sebenarnya Sabariah Jais. Wanita hebat itu telah melakarkan sejarah menjadi kartunis humor wanita pertama di negara ini yang aktif berkarya.

Beliau mula menyertai Majalah Gila-Gila pada tahun 1987. Karya-karyanya banyak berkisahkan tentang kisah-kisah wanita. Selain Tiga Dara pinggitan, antara karya kartunnya yang terkenal seperti ‘Joyah Sport’, ‘Usop 2012’ dan banyak lagi.

10-kartunis-ini-pernah-gegarkan-persada-komik-negara-sekitar-tahun-1990an-23

Paling menarik, karyanya iaitu Tiga Dara Pinggitan diangkat menjadi telemovie komedi yang sensasi yang dibintangi oleh Siti Nordiana, Anne Ngasriah dan Haiza. Setelah berhenti dari Creative Enterprise, Cabai telah menerbitkan majalahnya sendiri iaitu CABAI.

Menerusi Anugerah Kampung Boy 2015, Cabai telah dinobatkan Anugerah Kartun terbaik yang telah disempurnakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak di Putrajaya. Di Anugerah Pekomik 2010, Cabai memenangi kategori Siri Komik Kartun Terbaik menerusi siri Tiga Dara Pinggitan.

9. Imuda

10-kartunis-ini-pernah-gegarkan-persada-komik-negara-sekitar-tahun-1990an-24
Siapa yang tidak kenal kartunis yang serba boleh seperti Imuda. Imuda atau nama sebenarnya Abdul Rahim Muda buka sahaja hebat dalam bidang melukis kartun, potret dan karikatur malahan berbakat besar sebagai seorang pelakon, pengacara, pelawak dan penyanyi.

Anak jati Bukit Mertajam, Pulau Pinang itu mula melukis sejak dibangku sekolah lagi. Setelah tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun 1978, beliau mula bekerja sebagai pelukis di sebuah syarikat penebitan buku, United Book Company untuk Majalah Dunia Kanak-kanak.

Seterusnya, beliau diterima bekerja di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dengan menjawat jawatan sebagai Penolong Pelukis. Sewaktu bertugas di DBP, beliau sering menghantar karyanya ke majalah Gila-Gila.

10-kartunis-ini-pernah-gegarkan-persada-komik-negara-sekitar-tahun-1990an-25

Antara karyanya kartunnya yang menjadi sebutan seperti Yushimura dan Maharajalela VS Birch. Kartun bertajuk Mat Gelap pernah dianimasikan dalam filem dimana beliau turut berlakon dalam filem itu.

Karyanya pernah dipamerkan di Pameran Solo Imuda di Lobi Bangunan Pentadbiran LPSVN, Kuala Lumpur pada tahun 2015, Pameran Solo ‘Wajah-wajah Kesayangan Hamba’ di Balai Berita, New Strait Times, Bangsar.

Pada 12 Januari 2008, Imuda turut menghadiah lima potretnya kepada Galeri Perfileman Finas sempena program Tiada Gambar Seindah Lukisan Bersama Imuda.

Komik pertama Imuda ialah ‘Hang Sebat’, setebal 20 halaman. Imuda juga pernah menghasilkan album bersama Susan Lankester berjudul Terang Gelap pada tahun 1992.

Tahun 1992 juga, menyaksikan Imuda mendapat anugerah sebagai Pelakon Pembantu Terbaik dan kemudiannya Pelakon Komedi Popular pada tahun 1993.

10. Ujang

10-kartunis-ini-pernah-gegarkan-persada-komik-negara-sekitar-tahun-1990an-26
Ibrahim Anon atau lebih dikenali sebagai Ujang merupakan salah seorang kartunis yang terkenal dan mempunyai ramai peminat.

Ujang dilahirkan pada 18 Oktober 1965 di Kampung Juaseh, Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Selepas tamat Sijil pelajaran Malaysia (SPM), beliau memberanikan diri untuk mencuba nasib sebagai kartunis di Kuala Lumpur.

Karya pertama iaitu kartun coretan disiarkan di majalah Gila-Gila pada Februari 1984. Setelah diperbaiki semula, Hikayat Ujang Senang iaitu karyanya ketika dibangku sekolah disiarkan pada 1985.

Seterusnya, Ujang berhijrah ke Kharisma Groups dengan menyandang jawatan sebagai pengurus Kharisma Publication dengan menghasilkan majalah yang dinamakan Ujang dengan bermottokan Majalah lawak Antaranbangsa.

Di Kharisma, karakter Usop Sontorian ciptaannya telah dijadikan siri animasi serta diiktirafkan sebagai filem animasi tempatan pertama.

Pada 1997, Ujang meninggalkan Kharisma dengan menubuhkan syarikatnya sendiri iaitu Multi Triple Sdn Bhd dimana menerbitkan majalah Varia Lawak dengan mengumpul sebahagian besar kartunis-kartunis dari majalah Ujang bersama karya-karya mereka.

Ujang juga pernah menjadi kartunis tamu di majalah G3 terbitan Kumpulan Karangkraf. Pertemuan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada tahun 2004 dengan Jaafar Taib membuka jalan kembali buat Ujang ke Majalah Gila-Gila. Di sana, beliau bukan sahaja diminta berkarya malahan dapat mengendalikan unit promosi dan acara.

10-kartunis-ini-pernah-gegarkan-persada-komik-negara-sekitar-tahun-1990an-27

10-kartunis-ini-pernah-gegarkan-persada-komik-negara-sekitar-tahun-1990an-28

Antara karya-karya yang popular seperti Ujang, Din Beramboi, Aku Budak Minang, Atuk, Intellingent Blues Club (I.B.C), Jibam dan banyak lagi.

Persatuan Penggiat Komik Malaysia (PeKOMIK) menganugerahkan Anugerah Kartun Satu Muka Terbaik kepada beliau bagi karyanya yang berjudul Atuk semasa Pekomikon dan Anugerah PeKOMIK 2009 pada 25 April 2009 di Dewan Kedah/Johor, PWTC.

JM Comment

comments

Add Comment

Shares
Share This