Home Santai 10 Perdana Menteri Dengan Gaji Paling Tinggi Di Dunia

10 Perdana Menteri Dengan Gaji Paling Tinggi Di Dunia

2,288 views
0
SHARE

Tanpa pemimpin, dunia boleh menjadi huru-hara kerana tiada sesiapa untuk mengawal seluruh penduduk di sesebuah negara. Kerajaan bagi para pemimpin politik membantu menstabilkan tamadun, dimana masyarakat dapat mengikuti undang-undang dan peraturan bagi menyatukan kita semua.

Biarpun keputusan yang dibuat oleh pemimpin dunia sering dikritik dan dituding jari, kita tidak boleh menafikan hakikat bahawa mereka memainkan peranan penting dalam menyumbang terhadap pertumbuhan ekonomi. Biarpun tidak dapat memuaskan hati semua pihak, mereka sudah memberikan yang terbaik buat rakyat negara masing-masing.

Kami sediakan senarai 10 pemimpin dunia yang paling berpengaruh dan menerima gaji tertinggi setakat ini.

10. United Kingdom: Theresa May

Gaji tahunan: RM 798,909.91

Theresa May adalah wanita kedua paling berkuasa di United Kingdom (UK). Beliau mungkin dapat menikmati gaji yang lebih tinggi, jika ekonomi UK tidak merosot akibat rusuhan Brexit. May mula menjadi perdana menteri pada tahun 2016. Beliau adalah perdana menteri wanita UK yang kedua selepas Margaret Thatcher. May tergolong dalam parti politik konservatif. Beliau memberikan hak yang sama rata kepada golongan wanita di UK. Beliau juga pernah berkhidmat sebagai “setiausaha rumah”, Menteri Wanita dan Kesaksamaan dan telah menjadi anggota Parlimen sejak tahun 1997.

9. Jepun: Shinzo Abe

Gaji tahunan: RM 834,737.31

Shinzo Abe berkerja keras untuk menguruskan negara yang mempunyai ekonomi terbesar di dunia ini. Beliau adalah perdana menteri Jepun yang paling lama berkhidmat. Abe kini dipilih sebagai pemimpin untuk jangka ketiga. Beliau milik parti demokrat liberal. Abe telah benar-benar mengubah sistem pendidikan dan juga menekankan pertumbuhan penduduk Jepun, dimana beliau memperkenalkan belanjawan fiskal. Ini bertujuan mencari pasangan yang berpotensi untuk anak-anak muda, bagi meningkatkan kadar kelahiran di negara mereka. Abe menjalankan tanggungjawabnya bersama-sama rakyat dan memihak kepada negara Jepun dalam apa jua situasi.

8. Perancis: Emmanuel Macron

Gaji tahunan: RM 839,102.49

Emmanuel Macron merupakan presiden terkini bagi negara Perancis, sejak Mei 2017. Sebelum itu, beliau berkhidmat sebagai Menteri Ekonomi, Perindustrian dan Hal Ehwal Digital di bawah kepimpinan Manuel Valls. Karisma dan kebijakan Macron membuatkan kerjaya politiknya berkembang dengan cepat. Beliau juga antara lain pernah berkhidmat sebagai timbalan setiausaha agung di bawah kerajaan pertama François Hollande. Macron kemudiannya memegang jawatan penting lain dalam kerajaan Valls. Pada tahun 2016, Macron mengasaskan En Marche, sebuah parti politik bebas dan mengisytiharkan pencalonannya untuk pilihan raya pada tahun 2017. Berusia 39 tahun, Macron memecah rekod sebagai pemimpin termuda yang pernah menjadi presiden bagi negara tersebut.

7. Ireland: Leo Varadkar

Gaji tahunan: RM 869,617.55

Leo Varadkar memegang jawatan perdana menteri semasa bagi republik Ireland sejak Jun 2017. Beliau menggantikan Enda Kenny sebagai pemimpin Parti Fine Gael. Varadkar juga merupakan seorang doktor profesional. Beliau juga pernah berkhidmat sebagai Menteri Kesihatan, Menteri Pengangkutan, Pelancongan dan Sukan serta Menteri Perlindungan Sosial. Anak lelaki kepada imigran dari India ini menjadi pemimpin Ireland pertama yang mengakui dirinya homoseksual. Beliau memegang banyak jawatan penting dalam kerajaan Ireland. Beliau juga memperoleh reputasi sebagai seorang yang sangat pintar, jujur dan rajin. Pelantikannya sebagai perdana menteri adalah sejarah penting buat politik negara ini. Antara sebabnya ialah Varadkar merupakan pemimpin yang paling muda dan pertama mempunyai darah India.

6. Afrika Selatan: Jacob Zuma

Gaji tahunan: RM 884,469.68

Jacob Zuma dianggap sebagai presiden Afrika Selatan yang paling kontroversi. Beliau telah berkhidmat bagi jawatan ini sejak tahun 2009. Zuma adalah anggota Parti Kongres Afrika Kebangsaan dan telah menjadi pengaruh besar dalam memperjuangkan kemerdekaan. Beliau dipilih semula pada tahun 2014, yang menjadikan beliau presiden Afrika Selatan sekarang. Zuma sentiasa dikelilingi dengan kontroversi, sama ada rasuah atau dakwaan yang menyalahi undang-undang. Malah, beliau juga terlibat dalam dakwaan rogol. Di sebalik semua itu, Zuma tidak menampakkan sebarang tanda untuk berundur sebelum tempoh jawatannya benar-benar tamat.

5. Jerman: Angela Merkel

Gaji tahunan: RM 1,031,709.70

Pemimpin dunia wanita berusia 62 tahun ini adalah ‘Times Person of the Year’ bagi tahun 2015. Oleh kerana kepimpinan yang hebat, Angela Merkel telah mendapat kenaikan 2% dalam gaji tahunannya setiap beberapa bulan. Merkel adalah seorang wanita yang terkenal, dimana beliau telah memberkati tanah Jerman. Merkel merupakan canselor wanita pertama Jerman yang dipilih dalam pilihan raya persekutuan pada tahun 2005. Beliau juga telah berkhidmat sebagai canselor sejak kemenangan pertamanya pada tahun 2005.

4. Kanada: Justin Trudeau

Gaji tahunan: RM 1,102,395.62

Justin Trudeau pastinya salah seorang pemimpin politik yang paling tampan. Beliau kini berkhidmat sebagai perdana menteri Kanada ke-23. Sejak Trudeau menggalas tanggungjawab itu pada tahun 2015, beliau menjadi buah mulut rakyat kerana kehebatannya dalam menjalankan tugas. Beliau adalah antara pemimpin Kanada paling muda, sejak perlantikan Joe Clark. Trudeau disebut-sebut mempunyai ciri pemimpin dunia yang sejati. Beliau merupakan anak kepada Pierre Trudeau, bekas perdana menteri Kanada. Trudeau telah mengharamkan marijuana dan menyokong pemotongan cukai untuk isi rumah kelas pertengahan.

3. Amerika Syarikat: Donald Trump

Gaji tahunan: RM 1,647,213.12

Presiden Bangsa-Bangsa Bersatu Amerika ini adalah salah seorang pemimpin politik paling popular dan paling dibenci dalam sejarah dunia. Trump menerima gaji paling mahal hanya untuk menandatangani sebarang dokumen. Ahli perniagaan multi jutawan itu tidak hairan tentang jumlah gaji yang diterimanya sebagai presiden. Ini kerana beliau meraih pendapatan sendiri berjumlah hampir 10 kali ganda berbanding gaji tahunannya. Trump telah menjadi tajuk utama berita sejak tempoh kempennya. Antara yang paling diingati ialah larangan terhadap orang Islam dan imigrasi, serta meluluskan undang-undang penjualan dan pembelian data pengguna internet di negara itu. Beliau juga merupakan presiden pertama Amerika Syarikat yang dibenci oleh rakyatnya sendiri. Trump menggantikan bekas presiden Barack Obama, yang jauh berbeza dari dirinya.

2. Australia: Malcolm Turnbull

Gaji tahunan: RM 1,650,639.32

Malcolm Turnbull menjadi Perdana Menteri Australia ke-29 pada September 2015. Beliau juga berkhidmat sebagai ketua Parti Liberal, dan Menteri Alam Sekitar dan Sumber Air bagi kerajaan Howard. Beliau pernah bekerja sebagai ahli perniagaan dan pegawai bank. Pada ketika itu, Turnbull telah menjadi salah seorang individu terkaya di Australia. Pengaruh dan rasa hormat di kalangan pengikutnya memudahkan untuk beliau menjadi Menteri Komunikasi Nasional di bawah kerajaan Tony Abbott. Pada Januari 2001, Turnbull telah dianugerahkan dengan Pingat Centenary sempena jasanya sebagai ahli perniagaan terhadap sektor korporat. Beliau juga merupakan satu-satunya ahli politik yang terpilih dalam senarai BRW Rich 200, buat kali kedua pada tahun 2010.

1. Singapura: Lee Hsien Loong

Gaji tahunan: RM 6,588,852.47

Lee Hsien Loong adalah ketua Parti Tindakan Rakyat dan mengambil alih jawatan perdana menteri pada tahun 2004. Anak sulung perdana menteri pertama Singapura, Lee Kuan Yew ini juga pernah berkhidmat sebagai Menteri Perdagangan dan Perindustrian, Menteri Kewangan, dan Timbalan Perdana Menteri. Beliau telah melancarkan “SkillsFuture” bagi tujuan pembelajaran sepanjang hayat, inisiatif “Smart Nation” bagi memperkasakan teknologi dan bonus berjumlah $2.6 bilion melalui “pakej kemajuan”. Lee juga telah dianugerahkan ‘Olympic Order’ (Emas) pada tahun 2010 atas sumbangannya terhadap pergerakan Olimpik. Sebelum pemotongan gaji oleh dirinya sendiri pada tahun 2012, Lee pernah mendapatkan gaji setinggi $2.8 juta setahun.

Rujukan:

1.    Business Tech

2.    Trendrr

3.    Officechai

Comments

comments