Home Global 8 Lelaki Merogol Kambing Betina Hingga Mati

8 Lelaki Merogol Kambing Betina Hingga Mati

93 views
0
SHARE

Pemilik kambing membuat laporan polis terhadap lapan lelaki yang didakwa telah merogol kambing betinanya yang hamil secara bergilir-gilir sehingga menyebabkan haiwan itu mati.

Lapor The New Indian Express, kejadian itu berlaku pada 25 Julai lalu di Mewat, Haryana, India dan tiga daripada suspek telah dikenalpasti, manakala lima lagi suspek masih belum diketahui dan dipercayai sedang bersembunyi daripada ditangkap pihak polis.

Pemiliknya, Aslu, berkata, kesemua suspek yang terlibat dipercayai berada di bawah pengaruh dadah dan alkohol ketika melakukan perbuatan itu.

“Mereka ambil kambing saya pada waktu petang dan dibawa pergi ke sebuah rumah usang. Salah seorang daripada mereka mengalami masalah mental.

“Apabila saya memberitahu mereka yang saya akan buat laporan polis terhadap mereka, mereka tidak peduli dan berkata terpulanglah saya nak buat apa pun dan mereka tetap akan melakukan perbuatan itu.

“Malah mereka tidak takut untuk dipenjarakan kerana mendakwa mereka mempunyai banyak kenalan dengan orang-orang yang berkuasa.

“Mereka cuba mencabul kambing betina itu di halaman. Saya minta pertolongan dan orang kampung tangkap dan belasah mereka. Namun selepas lapan jam kemudian, mereka kembali untuk menculik dan merogol kambing saya,” katanya.

Polis telah menjalankan bedah siasat terhadap bangkai kambing itu dan rumah suspek juga telah digeledah.

Kesemua suspek akan didakwa mengikut Akta Kanun Keseksaan India dan Akta Pencegahan Kekejaman Terhadap Haiwan 1960.

Comments

comments