Apple Mahu Hasilkan Kereta Sendiri, Bakal Bersaing Bersama Uber dan Google

Setelah dikaitkan dengan pelbagai ura-ura sebelum ini, akhirnya Apple memberi kata putus dimana mereka sedang mengusahakan untuk membina sebuah kereta. Apa yang lebih cool, mereka mahu mencipta self driving car atau kereta pandu sendiri. Awesome!

Pelan melahirkan kereta sulung daripada Apple ini dinamakan sebagai ‘Project Titan’ dimana Apple bakal bekerjasama bersama Syarikat Ford. Nama yang tidak asing lagi di dalam dunia automotif. Dijangkakan ‘iCar’ atau kenderaan daripada Apple ini bakal dikeluarkan sekitar 2021 jika tiada masalah melibatkan penangguhan berlaku.

apple-mahu-hasilkan-kereta-sendiri-bakal-bersaing-bersama-uber-dan-google-2

apple-mahu-hasilkan-kereta-sendiri-bakal-bersaing-bersama-uber-dan-google-3

Kehadiran kenderaan daripada Apple juga memberi tanda bahawa mereka bakal memperluaskan lagi ekosistem Apple di dalam bidang automotif pula. Sebelum ini, mereka telah berjaya membangunkan Apple CarPlay bagi penggunaan media hub automotif.

Dalam pada itu, dilaporkan Google dan Uber juga sedang mengusahakan perkara yang sama dimana kedua-dua syarikat gergasi ini juga sedang menyediakan kereta pandu sendiri. Melihatkan kepada bagaimana peningkatan Syarikat Tesla dengan penggunaan teknologi canggih, tidak mustahil syarikat-syarikat ini bakal mengikut jejak langkah yang sama.

Berikut merupakan rekaan konsep kereta pandu sendiri keluaran Apple. Harus diketahui, rekaan konsep ini bukanlah rekabentuk rasmi daripada Apple dan kemungkinan sedikit berbeza apabila dilancarkan nanti.

apple-mahu-hasilkan-kereta-sendiri-bakal-bersaing-bersama-uber-dan-google-4

apple-mahu-hasilkan-kereta-sendiri-bakal-bersaing-bersama-uber-dan-google-5

apple-mahu-hasilkan-kereta-sendiri-bakal-bersaing-bersama-uber-dan-google-6

JM Comment

comments

Add Comment

Shares
Share This