Bagaimana Pejalan Kaki Menjana Kuasa Lampu Pintar Ini

Cool! Lihat bagaimana negara maju memanfaatkan semaksimum mungkin kelebihan yang ada di sekitar mereka. Kebanyakkan di bandar-bandar besar, lebih ramai orang memilih untuk berjalan kaki berbanding menggunakan kenderaan peribadi. Cara ini lebih mudah dan menjimatkan.

Perkara yang sama berlaku di Las Vegas. Disebabkan jumlah pejalan kaki lebih banyak berbanding pengguna kenderaan, satu kumpulan startup dari New York, EnGoPlanet kini sedang membangunkan sistem lampu pintar untuk dipasang di kawasan persimpangan jalan di Las Vegas. Yang hebatnya, lampu jalan ini akan dijana menggunakan tenaga pejalan kaki.

bagaimana-pejalan-kaki-menjana-kuasa-lampu-pintar-ini-2

bagaimana-pejalan-kaki-menjana-kuasa-lampu-pintar-ini-3

Lampu ini menggunakan dua jenis punca kuasa, yang pertama adalah dari tenanga solar dan yang kedua adalah tenaga pejalan kaki. Menurut EnGoPlanet, pada siang hari lampu ini akan beroperasi melalui tenanga yang dijana dari matahari, manakala di sebelah malamnya pula melalui tenanga yang diperoleh dari pejalan kaki.

Dasar konsep lampu pintar ini akan mengubah tenaga pejalan kaki menjadi tenaga elektrik. Melalui hasil penyelidikan yang telah dibuat oleh EnGoPlanet, setiap langkah dari pejalan kaki dapat menghasilkan tenanga elektrik sekitar 4 hingga 8 watt. Selain dari berfungsi sebagai penerang jalan, lampu pintar ini turut dilengkapi dengan kemudahan WiFi, pengecas dan kamera keselamatan.

Buat masa sekarang, lampu pintar ini masih lagi di dalam proses percubaan. Menurut kenyataan oleh EnGoPlanet, konsep lampu pintar ini bakal diperkenalkan secara meluas di Las Vegas dan New York pada masa akan datang.

 

JM Comment

comments

Add Comment

Shares
Share This