Banduan Lari Dari Penjara, Sempat Muat Naik Gambar Di Facebook

Seorang banduan yang melarikan diri dari penjara di bandar utara Manaus sempat memuat naik di Facebook gambar dirinya berswafoto menyatakan dia sedang melarikan diri dari penjara.

Foto tersebut menunjukkan, Brayan Bremer yang dikenakan hukuman penjara kerana merompak dapat dilihat berada di kawasan semak dan sempat menunjukkan tanda bagus.

“Melarikan diri dari penjara,” tulisnya pada gambar tersebut.

Di belakangnya turut kelihatan seorang lagi banduan yang menurut polis telah ditahan semula.

Selain itu, Brayan turut memuat naik gambarnya bersama empat banduan yang lain di lokasi sama sedang menikmati buah.

Brayan adalah 72 banduan yang melarikan diri dari penjara Antonio Trindade, utara negeri, Amazonas.

Sementara itu, 112 banduan yang lain turut terlepas dari penjara Anisio Jobim selepas berlakunya rusuhan yang menyebabkan 56 maut.

Brayan antara banduan yang aktif di Facebook semasa masih berada di penjara walaupun pengharaman ke atas banduan menggunakan internet.

Foto-foto yang dimuat naik lelaki itu mula tular di Brazil.

Walaupun akaun Facebooknya telah dipadam, namun beberapa akaun lain yang menggunakan namanya muncul seperti @fugitivodoano (@FugitiveOfTheYear).

Gambarnya bersama banduan yang lain turut di sunting sebagai hero dalam beberapa filem berkaitan penjara seperti The Shawshank Redemption, siri TV Prison Break dan banyak lagi.

Dalam pada itu, polis berkata, usaha menjejaki banduan yang hilang tetap diteruskan dan berjaya menahan kembali 40 banduan setakat ini

JM Comment

comments

Add Comment

Shares
Share This