Home Global Bayi Merangkak Di Jalan Raya

Bayi Merangkak Di Jalan Raya

297 views
0
SHARE

NEW YORK – Orang awam di New York digemparkan dengan seorang bayi yang merangkak di jalan raya.

Seorang lelaki bernama Rn Jay memuat naik adegan tersebut di Facebook, menunjukkan dia bersama beberapa orang yang lain membantu bayi berusia sembilan bulan itu yang ditemui sedang berada di tengah jalan.

Ramai yang menghentikan kereta mereka untuk memberikan bantuan apabila mereka melihat bayi berkenaan, dalam kejadian di Utica, New York.

Ketika seseorang menelefon polis, mereka yang lain mengangkat bayi tersebut untuk memujuknya yang mula menangis.

Lelaki yang merakamkan video itu kemudian bercakap menyuarakan rasa tidak puas hati dengan situasi tersebut.

“Bayi di jalanan, itulah yang kita lakukan di Utica sekarang,” katanya.

“Itulah yang dilakukan oleh orang sekarang, anda faham maksud saya? Tinggalkan anak-anak di jalanan.”
Pada akhir video dapat didengari seorang wanita berkata: “Itu bayi saya, itu bayi saya”.

Jabatan Polis Utica kemudian mengeluarkan satu kenyataan yang menyatakan mereka telah mendakwa ibu bayi itu kerana membahayakan kebajikan seorang anak.

Ledrika Ford, yang baru berumur 17 tahun, mempunyai tiga anak lain, kesemuanya telah dilepaskan dari jagaannya

Comments

comments

SHARE