‘Bila Orang Luar Datang Ke Malaysia, Geleng Kepala Mereka Lihat Cara Pemanduan Orang Kita’

Perkongsian ini bukan bertujuan memburukkan pengguna jalan raya di Malaysia. Namun ia lebih kepada memberi contoh akan sikap pengguna jalan raya di negara barat yang tidak keterlaluan kalau dianggap sebagai lebih berhemah dan bertimbang rasa.

Perkongsian dari Hadhinah Felice ini, diharap dapat membuka mata hati anda semua agar dapat menjadi pengguna jalan raya yang baik dan sekali gus mengubah budaya pemanduan yang tidak relevan, yang diamalkan selama ini. Semoga bermanfaat.

bila-orang-luar-datang-ke-malaysia-geleng-kepala-mereka-lihat-cara-pemanduan-orang-kita

Oleh Hadhinah Felice

Seperti biasa, saya jarang nak membebel di sini tapi harini saya saya dah tak tahan. Sejak tiba di Malaysia Khamis minggu lalu, saya rasa amat tak selamat di jalan raya, tak kira ketika memandu atau ketika menjadi pejalan kaki. Ada banyak senario penting di sini yang saya tak pernah atau sangat sangat jarang lihat sepanjang saya jadi seorang road tripper selama hampir 3 tahun di AS.

Antaranya ialah:

  1. Pemandu yang menggunakan laluan kecemasan untuk memotong barisan dalam kesesakan trafik.
  2. Pejalan kaki yang tidak diberi laluan untuk berjalan dahulu di lintasan zebra, atau dihon kemudian dimaki atau dilanggar terus oleh pemandu kereta. Yang ni tak, di Malaysia kereta mahal, kereta nombor plat ada satu, yang ada lambang datuk, yang inilah kononnya ada hak paling utama di jalanraya. Dei!!
  3. Pemandu yang suka ikut dan cucuk terlalu rapat di belakang sebab tak tahu bersabar dan pemandu yang memandu tak ikut arus trafik.
  4. Penunggang motosikal yang menunggang celah-celah kereta dan lori besar hingga membahayakan nyawa sendiri dan pengguna jalanraya lain.
  5. Pemandu yang tidak tahu dan degil tunggu atau beri peluang untuk pemandu lain keluar masuk simpang.
  6. Tidak ke tepi jalan atau menghalang laluan kenderaan kecemasan (ambulans, polis, bomba). Yang ini paling saya berbulu lihat di sini.
  7. Bila orang pandu secara berhemah pun pemandu lain marah apatah lagi bila tak berhemah!

Di AS dan negara-negara barat lain, pejalan kaki ada hak tertinggi atas jalanraya. Biarpun cuma seorang yang hendak melintas, sepuluh kereta sekalipun akan berhenti dan beri laluan untuk pejalan kaki. Memang orang Malaysia akan rasa ini macam sesuatu perkara yang bodoh dan remeh. Bila saya memandu di Malaysia dan beri laluan untuk pejalan kaki, mereka buat muka pelik sebab apa? Sebab dah biasa kereta jalan dulu! It’s not supposed to be that way! Di Malaysia memang sampai matilah tunggu untuk diberi laluan untuk melintas, tak pun mati sebab nak lintas jalan di lintasan yang sah.

Begitu juga penunggang motosikal. Di AS hak mereka SAMA dengan yang memandu kereta dan lori. Penunggang motosikal di AS diberikan ruang dan dijarakkan atas jalan raya sama seperti ruang dan jarak yang diberikan untuk kereta dan lori lain. Sebab itu kemalangan motosikal di sana sangat jauh lebih kurang dari di sini!

Di AS pemandunya bertoleransi tinggi ketika memberi laluan untuk kereta lain. Sepanjang hampir 3 tahun saya memandu di sini, saya sangat senang hati kerana pengguna jalan raya di sini sungguh berhemah tak kira situasi.

Di sana juga ketika ambulans, polis, bomba didengari bunyi sirennya, semua kereta akan serta merta ke tepi jalan dan berhenti untuk beri laluan, dan bila lampu hijau sekalipun takkan ada satu pun kereta akan jalan bila terdengar dan lihat ketiga-tiga ini. Di sini pemandu malah berebut-rebut untuk jalan!!

Saya meluahkan berdasarkan pengalaman saya yang sentiasa di jalan raya, memandu atau berjalan kaki di AS. Saya bukan memuja negara lain dan saya bukan suka-suka nak memalukan cara pemanduan di Malaysia tapi adalah penting untuk semua ambil berat dan mula atau kekal berhemah sebagai pengguna jalan raya. Malu kan bila orang luar datang ke sini dan geleng kepala bila lihat cara pemanduan? Bukan sekali tapi banyak kali saya dengar keluhan mereka!

“Kau bising sangat, tak suka pergi pindah AS sana!”

Eh saya dah pindah pun, dan saya rasa selamat dan gembira di atas jalan raya di AS sama ada menjadi pemandu atau pejalan kaki.

“Marah nau kau, chill la!”

Kau ingat bab keselamatan nyawa atas jalan raya ini perkara boleh chill chill?

Jadi saya mohon kalau anda rasa anda bukan pemandu berhemah atau mengamalkan apa yang saya senaraikan di atas, tolonglah sedar, tak payah nak jadi samseng sangat. Janganlah bawa perangai buruk anda di jalan raya ketika di luar Malaysia! – Hadhinah Felice

JM Comment

comments

Add Comment

Shares
Share This