BMW i8 Ini Sengaja ‘Dikaratkan’ Untuk Kelihatan Lebih Awesome

Siapa kata kereta yang sudah berkarat tidak cantik? MetroWrapz adalah kedai di belakang pengubahsuaian rupa kereta BMW i8 ini. Kereta ini ‘dikaratkan’ untuk pemiliknya, Austin Mahone yang merupakan seorang artis kelahiran Texas, Amerika Syarikat.

Artis berusia 20 tahun itu mahukan kereta barunya mempunyai rupa rusted. Ianya bukanlah karat yang sebenar cuma balutan plastik yang boleh dibuang bila-bila masa sahaja. Cara membalut ini lebih jimat kerana Austin boleh menukar rekaan baharu sekelip mata jika beliau sudah bosan dengan rekaan rusted sedia ada.

Anda boleh lihat kereta ini dengan lebih dekat dalam video di bawah. Memang nampak real betul finishing karat pada kereta ini. Banyak kedai stiker yang boleh buat balutan sebegini di Kuala Lumpur. Kalau anda punya idea dan wang untuk membuat balutan unik seperti BMW i8 ini, dipersilakan dan boleh berkongsi dengan kami hasilnya nanti ya?

bmw-i8-ini-sengaja-dikaratkan-untuk-kelihatan-lebih-awesome-2

bmw-i8-ini-sengaja-dikaratkan-untuk-kelihatan-lebih-awesome-3

bmw-i8-ini-sengaja-dikaratkan-untuk-kelihatan-lebih-awesome-4

bmw-i8-ini-sengaja-dikaratkan-untuk-kelihatan-lebih-awesome-5

JM Comment

comments

Add Comment

Shares
Share This