CEO Sprint Akan Hadiahkan Kasut Adidas ‘Yeezy’ Untuk Staf Terbaik Syarikat

Impian setiap sneakerheads untuk mempunyai bos seperti ini. CEO syarikat telco Sprint, Marcelo Claure akan menghadiahkan pekerja terbaik syarikat itu sepasang kasut Yeezy sebagai insentif kerja keras mereka.

ceo-sprint-akan-hadiahkan-kasut-adidas-yeezy-untuk-staf-terbaik-syarikat-1

Berita ini dimaklumkan sendiri oleh Marcelo melalui akaun Twitter miliknya. Tahun lalu Marcelo turut memberikan kasut Yeezy untuk pekerja terbaik syarikat itu dan ini merupakan kali kedua beliau menghadiahkan kasut Yeezy untuk pekerjanya.

Syarikat itu akan mengenal pasti individu yang membuat sales paling tinggi di bulan Disember dan individu berkenaan akan dihadiahkan sepasang kasut Yeezy ini. Tidak diketahui kasut Yeezy yang manakah akan diberikan kali ini tetapi menurut Marcelo, ini adalah salah satu cara beliau untuk memberi motivasi kepada pasukannya.

Bagi peminat kasut pastinya akan menghargai kasut ini tetapi bagaimana jika individu yang memenangi kasut ini bukannya dari kalangan peminat kasut? Mungkin insentif dalam bentuk wang tunai lebih sesuai. Tetapi tiada masalah untuk menjualnya kembali kerana kasut Yeezy ini mempunyai permintaan dan harga pasaran yang tinggi.

JM Comment

comments

Add Comment

Shares
Share This