Domino’s Kini Mula Menghantar Pizza Menggunakan Dron

Domino’s Pizza sekali lagi selangkah ke hadapan berbanding jenama pizza yang lain kerana mereka kini menghantar pizza anda menggunakan dron! Buat masa ini, servis ini cuma terdapat untuk penduduk tempatan yang tinggal di New Zealand.

Caranya mudah. Anda pesan pizza yang anda ingini dan pesanan anda akan siap dihantar oleh ‘delivery boy’ Domino’s yang hadir dalam bentuk dron. Menurut CEO Domino’s “Dron berjaya menawarkan penghantaran yang lebih selamat dan cepat kepada beberapa tempat yang ditawarkan. Bagi memastikan pelanggan mendapat pizza yang baru sahaja keluar oven dengan cara tercepat, penggunaan dron adalah yang terbaik.”

Cubaan Domino’s Pizza untuk tampil dengan servis penghantaran yang unik bukanlah sesuatu yang baru. Sebelum ini Domino’s pernah menggunakan ‘Canoe‘ dan Robot. Memang cool habis cara presentation Domino’s kepada pelanggan mereka.

dominos-kini-mula-menghantar-pizza-menggunakan-dron-2

dominos-kini-mula-menghantar-pizza-menggunakan-dron-3

Kalau servis ini berada di Malaysia, bolehlah anda terima pesanan Pizza anda terus daripada apartment atau kondominium anda. Kami tertanya-tanya bagaimana reaksi orang ramai di Malaysia apabila Domino’s Malaysia mula implemen servis penghantaran menggunakan dron ini negara kita.

JM Comment

comments

Add Comment

Shares
Share This