Home Santai Eksperimen Unit 731

Eksperimen Unit 731

310 views
0
SHARE

Unit 731 merupakan sebuah pusat eksperimen rahsia Jepun yang amat kontroversi semasa perang dunia kedua.

Projek biologikal yang berpangkalan di daerah pingfang harbin merupakan bandar terbesar di Jepun. Objektif utama mereka adalah mengkaji, membangun, mengeluar dan menguji senjata-senjata biologikal.

Segala uji kaji dijalankan ke atas manusia, khususnya tahanan perang warga China dan Rusia. Sekurang-kurangnya tiga ribu orang lelaki, wanita dan kanak-kanak menjadi mangsa eksperimen Jepun.

Antara eksperimen yang paling popular adalah membuang organ dalaman dan memotong anggota badan tanpa menggunakan sebarang ubat tahan sakit atau anestetik.

Eksperimen tersebut dianggap sebagai salah satu tindakan yang paling kejam pernah dilakukan manusia dalam dunia moden, malah para saintis yang terlibat sengaja menyambung semula anggota badan yang telah dipotong di tempat yang salah.

Selepas kekalahan Jepun, saintis yang terlibat diberi imuniti oleh Amerika Syarikat untuk tidak dibicarakan atas kesalahan jenayah perang. Dengan syarat semua data yang diperoleh daripada eksperimen diserahkan kepada Amerika Syarikat.

Comments

comments

SHARE