Faiz Subri Rangkul Anugerah FIFA Puskas 2016 di Zurich

Berkat doa dan undian semua rakyat Malaysia, Faiz Subri akhirnya berjaya mengalahkan gol-gol cantik yang lain untuk merangkul anugerah berprestij FIFA Puskas 2016!

Tendangan roketnya yang melawan graviti 16 Februari tahun lalu nyata unik dan mendapat perhatian dunia. Menerusi keputusan rasmi yang dikeluarkan oleh FIFA, gol Faiz Subri menerima 59.46% undian manakala Marlone dan Daniuska masing-masing menerima 22.86% dan 10.01% undian.

Faiz Subri berjaya mengetepikan Marlone (Brazil) dan Daniuska Rodriguez (Venezuela) yang disenarai akhir top 3 untuk anugerah ini. Anugerah Puskas itu disampaikan oleh lagenda bola sepak, Ronaldo Luís Nazário de Lima. Ini ucapan Faiz sebentar tadi.

JM Comment

comments

Add Comment

Shares
Share This