Home Santai FamilyMart Kedai Serbaneka 24 Jam Di Jepun Kini Di Malaysia!

FamilyMart Kedai Serbaneka 24 Jam Di Jepun Kini Di Malaysia!

78 views
0
SHARE

FamilyMart merupakan kedai serbaneka (convenience store) yang menjual pelbagai jenis barangan asas seperti makanan ringan, minuman, majalah, dan pelbagai lagi. FamilyMart juga merupakan kedai serbaneka kedua terbesar di Jepun selepas 7 eleven.

FamilyMart mula bertapak di Jepun pada 1 September 1981. Seterusnya, FamilyMart telah membuka cawangan di pelbagai negara pada Disember 2016 yang lepas ia juga telah merasmikan cawangan mereka di Malaysia. Di Jepun kedai serbaneka seperti FamilyMart ini dipanggil sebagai Konbini (Japanese ????), ia diubah suai daripada perkataan asal bahasa inggeris iaitu Convenience.

FamilyMart Adalah Kedai Serbaneka 24 Jam Yang Popular Di Jepun Kini Ada Di Malaysia!

Terdapat pelbagai makanan,minuman dan icecream yang sedap di FamilyMart dan semestinya Halal. Dari segi makanan pula terdapat, bento nasi, udon, soba, onigiri, sandwich dan juga kek.

Kalau semua nak tahu, makanan yang paling popular dalam kalangan masyarakat Jepun adalah “ODEN”. Cara nak mengambil Oden ni ialah, ambil bekas “cup”, pilih makanan yang anda suka menggunakan senduk yang telah disediakan, dan kemudian masukkan sedikit sup rebusan. Oden ini biasanya terletak di kaunter bayaran.

Tetapi bagi siapa yang hendak pergi melancong ke Jepun, anda kena ingat di FamilyMart sana bukan semua makanannya Halal ye. Namun jika nak dibandingkan dengan kedai serbaneka 24 jam yang lain di Jepun itu, FamilyMart paling banyak punyai makanan yang Halal dan boleh dimakan oleh masyarakat Muslim.

Contohnya, onigiri (nasi kepal). Kalau di FamilyMart onigiri ikannya tiada alkohol (Halal), tapi di kedai serbaneka yang lain onigiri ikannya ada alkohol bermaksud (Tidak Halal). Jadi anda dikendaki untuk berhati-hati jika mahu melancong ke sana.

Ini adalah antara website yang memberitahu tentang Halal Japan : Halal Media Japan, Halal Gourmet, dan Halal In Japan.

Comments

comments