Home Selebriti Fattah Amin Akui Sudah Jumpa Keluarga Fazura, Tidak Tolak Sekiranya Ada Jodoh...

Fattah Amin Akui Sudah Jumpa Keluarga Fazura, Tidak Tolak Sekiranya Ada Jodoh Bersama

8,188 views
0
SHARE

Mendapat sambutan yang luar biasa menerusi gandingan di dalam drama Hero Seorang Cinderella, kini gosip percintaan Fattah Amin dan Fazura semakin hangat diperkatakan. Dalam proses untuk mengenali hati budi masing-masing dan berusaha untuk membawa hubungan mereka ke peringkat yang lebih serius, Fattah mengakui beliau sudah pun berjumpa dengan keluarga Fazura.

Terus terang buat masa ini kami senang untuk berkawan dan mula mengenal hati budi masing-masing. Saya dah jumpa keluarga Fazura begitu juga sebaliknya. Buat masa ini semuanya amat positif. Jadi untuk pergi jauh lagi, itu kuasa Allah. Kalau dialah jodoh saya, tidak salah untuk saya terima.

Buat Fattah, Fazura seorang wanita yang baik dan tidak hipokrit. Malah, sifat Fazura yang tidak pernah lekang dengan senyuman membuatkan Fattah begitu terpesona.

Dia adalah wanita yang sangat positif. Aura itu yang menyebabkan (saya) sedia untuk bekerjasama. Itu juga ciri-ciri wanita yang saya cari selama ini. Sekali lagi, jodoh adalah rahsia Allah. Jadi sekarang ini, saya sangat senang berkawan dengan Fazura.

Ini baru dikatakan seorang “gentleman” sanggup Fattah jumpa keluarga Fazura untuk mengenali aktres tersebut dengan lebih rapat.

Fattah juga nampaknya tidak mahu membuang masa dan terus berusaha untuk lebih serius dengan Fazura. Harapnya hubungan kali ini akan menjadi dan siapa tahu boleh kekal lama. Hehe..Confirm peminat Fattzura teruja mendengar berita ini.

Comments

comments