Home Global Genius! Cipta Kereta Berkepala Dua. Tetapi Mekanik Ini Berputih Mata, Belum Sempat...

Genius! Cipta Kereta Berkepala Dua. Tetapi Mekanik Ini Berputih Mata, Belum Sempat Pandu Dijalan Raya Pihak Berkuasa Telah Merampas

154 views
0
SHARE

BANDUNG: Hancur impian seorang mekanik berusia 71 tahun di Indonesia apabila polis merampas kereta “berkepala dua” yang dibinanya sendiri.

Demikian menurut laporan Merdeka.com yang diterbitkan pada Sabtu (20 Jan).

Roni Gunawan, dari Bandung berkata, beliau memang sudah lama menginginkan kereta “berkepala dua”.

Menurut laporan Merdeka.com lagi, Encik Roni akhirnya mencapai impiannya dengan mencantum kan dua bahagian depan kereta jenis Toyota Vios berwarna jingga menjadi satu.

Beliau memberitahu media tempatan kerja-kerja menyiapkan kereta itu memakan masa tiga bulan melibatkan tiga tukang kimpal, tiga tukang cat pengecat dan “beberapa mekanik”.

Seperti yang dilihat dalam video yang dimuat naik di laman sosial, kereta Encik Roni dapat berfungsi seperti kereta biasa. Beliau memberitahu Merdeka.com bahawa keretanya boleh dipandu dari kedua-dua bahagian depan dan belakang kereta tersebut.

Namun, pihak berkuasa merampas kenderaan tersebut dengan alasan ia melanggar peraturan keselamatan jalan raya.

Encik Roni dilihat memandunya dari Pasteur ke Sukajadi.

Menurut satu laporan, pegawai kanan polis trafik Hilman Rawalasi mengatakan kereta itu melanggar beberapa peraturan trafik Indonesia, termasuk berkaitan kenderaan yang memenuhi piawai keselamatan di jalan raya.

Encik Hilman menambah, kereta itu tidak mempunyai lampu isyarat untuk mengundur ke belakang selain tidak mempunyai dimensi yang sesuai, kereta itu mempunyai dua nombor plat dengan dua nombor pendaftaran yang berbeza tambah beliau.

Merdeka.com mengesahkan bahawa pihak berkuasa sudah pun memberi Encik Roni izin untuk menyimpan kereta itu selepas beliau berjanji tidak akan memandunya di jalan raya lagi.

Comments

comments