Home Global Guru Lelaki Diculik dan Dirogol 3 Wanita

Guru Lelaki Diculik dan Dirogol 3 Wanita

1,493 views
0
SHARE

CHITUNGWIZA, ZIMBABWE – Seorang guru lelaki mendakwa dia telah diculik dan disuntik dengan dadah, sebelum dirogol oleh tiga orang wanita baru-baru ini, lapor Daily Mail.

Mangsa yang berusia 39 tahun, tinggal di bandar Makoni, Chitungwiza itu mengalami kecederaan teruk pada zakar, dikejarkan ke Hospital Waza.

Pemeriksaan doktor mendapati, bahagian kemaluan mangsa lebam dan terdapat tanda-tanda keganasan seksual.

“Ketika berada di stesen bas, kumpulan wanita terbabit menumpangkan saya untuk naik kereta mereka, BMW berwarna hitam yang dipandu seorang lelaki.

“Mereka turut menawarkan air minuman kepada saya menyebabkan saya pening kepala tidak beberapa lama selepas itu dan akhirnya tidak sedarkan diri,” kata mangsa.

Selepas tersedar pada keesokan harinya dalam sebuah bilik kecil dan gelap, mangsa mendapati wang $120 milik telah hilang dan kemaluannya lebam.

Mangsa mendakwa dia kemudian dipaksa untuk melakukan hubungan seks dengan tiga wanita itu sambil tangannya diikat. Namun mangsa menolak permintaan mereka menyebabkan salah seorang dari wanita itu mengeluarkan pistol dan mengancam untuk menembaknya.

Mangsa dipaksa minum segelas air dan dalam masa yang sama salah seorang wanita itu menanggalkan pakaiannya dan melakukan hubungan seks dengan mangsa secara paksa.

Seorang lagi wanita kemudian melakukan hubungan seks dengan mangsa tanpa perlindungan walaupun rakan-rakannya cuba menghalang, kata mangsa kepada polis.

Pada 4 Julai, muka mangsa ditutup dengan topi dan ditinggalkan di tepi jalan di perkampungan Maruta.

Polis kemudian tiba di lokasi kejadian selepas dimaklumkan oleh orang awam yang menemui mangsa, lalu menghantarnya ke hospital dan kini berada dalam keadaan stabil.

Pihak polis kini sedang mencari tiga wanita terbabit yang didakwa sebahagian daripada geng perompak air mani. Kumpulan tersebut menyasarkan mangsanya yang terdiri daripada pelancong dan hasil air mani itu akan dijual untuk mendapat tuah.

Menurut polis, ini bukan kejadian pertama yang melibatkan perompak air mani di Zimbabwe.

Pada tahun 2011, tiga wanita ditahan selepas menumpangkan lelaki di jalan antara Gweru dan Harare. Polis menemui 31 keping kondom yang dipenuhi dengan air mani ketika mereka berhenti di sekatan jalan raya dan diperiksa.

Tahun lalu, tiga lagi wanita yang lain dilaporkan merompak air mani seorang lelaki selepas memaksa mangsa untuk melakukan sesk dengan mereka semasa diculik di Bulawayo.

Pada Februari lalu, seorang guru lelaki yang dalam perjalanan ke Bulawayo telah diculik, diberi dadah dan dirogol empat wanita.

Comments

comments