Home Santai ‘Highly Not Recommended!’ – Gadis Berang Homestay Cancel 1 Jam Sebelum Masuk

‘Highly Not Recommended!’ – Gadis Berang Homestay Cancel 1 Jam Sebelum Masuk

250 views
0
SHARE

Masalah tentang penyewa yang sering merosakkan rumah sewa mereka sering terjadi sejak kebelakangan ini. Tidak kira di mana dan siapa penyewanya, pasti rumah yang ditinggalkan itu berada dalam keadaan yang sangat teruk. Jarang sekali untuk kita dengar masalah yang berkait dengan homestay, namun baru-baru ini terdapat satu luahan tentang ketidakpuashatian gadis ini terhadap pekerja di situ.

Menurut Insyirah Hamir melalui Facebooknya, dia tidak berpuas hati dengan layanan pekerja homestay yang terletak di Melaka itu, kerana dengan sesuka hatinya membatalkan tempahan yang sudah dibuat sejak 2 bulan yang lepas. Katanya dia telah menempah homestay tersebut pada 10 Disember 2017 dengan pembayaran penuh sebanyak RM288.40.

Namun selepas dia sampai di homestay tersebut, pekerja di sana tidak membenarkan mereka memasuki rumah tersebut.

“Tapi bila kami sampai tadi untuk check in tiba-tiba staff dekat situ (dengan muka kerek) cakap dekat kami tak boleh turun bawah, situ cuma untuk customer je.”

Katanya lagi, pekerja di situ sudah memaklumkan kepada mereka melalui call namun dia tidak menerima apa-apa panggilan daripada homestay berkenaan. Selepas Insyirah menunjukkan bukti bahawa dia sudah membuat pembayaran, pekerja di situ memberitahu bahawa pihak mereka telah email dua hari lepas untuk memaklumkan bahawa rumah di situ sudah penuh.

“Email diterima sejam yang lepas, yang dua hari tu memang tak ada terima email. Mau kencing ka?”

Insyirah juga turut menyatakan bahawa dia tidak berpuas hati kerana mereka memaklumkan tentang pembatalan tersebut setelah mereka tiba di lokasi, sedangkan dia sudah booking sejak bulan 12 yang lepas.

“Masalah sistem kita kat KL dah tendang booking. Booking korang masuk tapi rumah dah full masa tu,” kata pekerja di situ.

“Tak sekarang ni kenapa dia tak inform awal? Kalau booking tendang kenapa tak email masa aku booking tu, dia email sejam sebelum kami nak check in!!”

Insyirah turut menghubungi pemilik homestay berkenaan namun tiada apa-apa penerangan daripada pihak mereka. Difahamkan Insyirah sudah menerima semula wangnya namun disebabkan kejadian berkenaan, dia perlu menghabiskan banyak masa untuk mencari homestay lain memandangkan kebanyakan homestay di sana sudah penuh.

Perkongsian ini rata-ratanya mendapat kritikan daripada netizen dek kerana sikap pekerja di situ.

“Kepala bana dia lah. Staff kurang ajar satu hal. Owner pun macam haram jadah”

“Teruknya.. Menyusahkan orang!”

“Macam ni pun ada ke? Buat malu orang melakau hawau je.”

Sumber : Insyirah Hamir

Comments

comments