Ini Cara Samsung Untuk Dapatkan Kembali Minat Pembeli Terhadap Produk Mereka

1473161802506

Seperti yang anda tahu, penjualan Samsung Galaxy Note 7 telah ditarik balik. Hal ini berikutan disebabkan isu ‘mudah meletup’ yang telah menjadi bualan hangat di dalam industri tech. Berikutan isu tersebut, Samsung terpaksa menanggung kerugian yang besar. Tidak cukup dengan itu, orang ramai mungkin juga akan phobia untuk mendapatkan flagship Samsung. Samsung nampaknya sedar dengan masalah tersebut lantas telah membuat beberapa langkah untuk mendapatkan kembali kepercayaan pembeli.

Antara yang diumumkan Samsung adalah pengumuman warna baru pada Samsung Galaxy S7 Edge. Flagship yang sangat popular dan bagus sebelum kedatangan Galaxy Note 7. Pengumuman warna yang diumumkan adalah blue coral. Warna yang sama diumumkan pada Note 7.

Dalam pada itu, Pihak Samsung turut menawarkan rebat buat pengguna Note 7 untuk mendapatkan Samsung Galaxy S7 Edge. Dikatakan pihak Samsung juga bercadang untuk memberi rebat buat peminat Samsung untuk mendapatkan model terbaru Samsung Galaxy S8 dengan harga diskaun sebagai tanda maaf kepada pengguna. Adakah pengguna masih memberikan Samsung peluang berikutan insiden yang berlaku? Kongsikan pendapat anda di ruangan komen.

JM Comment

comments

Add Comment

Shares
Share This