Home Selebriti Izreen Azminda Bercinta Dengan Suami Orang?

Izreen Azminda Bercinta Dengan Suami Orang?

877 views
0
SHARE

Lama juga Izreen Azminda tidak hangat dengan sebarang gosip percintaan, terbaru hati Izreen nampaknya sedang berbunga-bunga dan sering memuat naik foto dengan kapsyen romantis. Adakah hati Izreen sudah dimiliki?

Beberapa foto beliau bersama seorang jejaka juga turut dimuat naik ke akaun Instagramnya dan ia menguatkan lagi dakwaan beliau kini mempunyai teman istimewa meskipun wajah lelaki tersebut tidak kelihatan.

Menurut sumber, khabarnya Izreen sedang menjalinkan hubungan dengan ahli muzik yang berstatus suami orang. Walaubagaimanapun, sejauh mana kebenaran berita tersebut tidaklah diketahui.

Harapnya nanti Izreen sudi berkongsi status terkini beliau kepada semua agar tidak timbul spekulasi liar.

Comments

comments