Jambatan Membelah Tasik Di Belanda Ini Diinspirasikan Daripada Kisah Nabi Musa

Sejarah menginspirasi kehidupan mendatang. Masih ingatkah lagi anda dengan kisah Nabi Musa (A.S) yang dianugerahkan wahyu oleh Allah untuk membelah laut ketika dikejar Firaun dan bala tenteranya? Kisah ini memberi ilham kepada kumpulan arkitek Belanda, RO&AD untuk mewujudkan sebuah jambatan berdasarkan cerita ini.

Dinamakan jambatan ini dengan nama ‘Moses Bridge’, jambatan ini merupakan penghubung bagi pejalanan kaki di Fort De Roovere, Belanda. Ia dibangunkan bertujuan memelihara pemandangan disamping memelihara parit pertahanan di kota tersebut.

Yang menariknya, jambatan ini diperbuat daripada kayu Akoya iaitu sejenis kayu yang kuat dan tahan lama walaupun direndam dalam air, berbeza jika dibandingkan dengan kayu yang lain.

Walaupun keseluruhannya nampak bersahaja, ini mungkin antara jambatan yang unik ada di dunia. Ia seolah-olah memberi anda pengalaman berjalan di dalam air.

Buat pengetahuan anda, kawasan Fort De Roover ini merupakan tapak kubu pertahanan yang wujud semasa perang pada tahun 1747, dan kini ia diperlihara sehinggalah sekarang.

JM Comment

comments

Add Comment

Shares
Share This