Home Selebriti Janna Nick Mohon Maaf Pakai Baju Seksi

Janna Nick Mohon Maaf Pakai Baju Seksi

12,522 views
0
SHARE

Kalau masih ingat dulu pernah timbul isu dimana Janna Nick dikatakan berlagak diva kerana menolak memakai busana seksi dari pereka tempatan. Namun pada malam anugerah Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL) baru-baru ini, Janna dilihat tampil seksi mengenakan baju ketat yang seakan warna kulitnya. Ramai juga yang terkejut dan marah dengan tindakan pelakon itu.

“Saya dah boleh agak pakaian itu pasti mendapat kritikan walaupun sebenarnya baju itu tidaklah seseksi seperti ditonton di televisyen. Kalau diikutkan, saya perlu pakai baju tersebut bersama jaket, namun atas sebab masalah teknikal, jaket itu tak dapat dipadankan bersama”

“Lebih mengejutkan, foto saya mengayakan baju itu turut mendapat ratusan komen di laman Instagram tetapi saya menerima semua kritikan dengan hati terbuka. Malah, saya juga mengambil keputusan untuk tidak memadam gambar tersebut demi menghargai hasil kerja pereka baju itu”

Menyedari busana terbabit mengundang kemarahan peminat, Janna turut memohon maaf dan mengakui kesilapannya yang tersalah memilih penampilan pada malam anugerah itu. Terdahulu, Janna tampil memakai baju rekaan Nizam Zamil, yang mengunakan material warna seakan kulitnya berserta jaluran putih dan sedikit ketat dari kebiasaan yang kita lihat pada Janna.

“Saya mengakui kesilapan ini. Saya anggap kritikan dan nasihat itu tanda mereka sayangkan Janna Nick. Saya mohon maaf diatas kesilapan ini dan berjanji tak akan mengulanginya lagi. Kalau ada benda yang kurang menyenangkan, harap peminat dapat beri teguran ikhlas,” jelasnya kepada m Star Online yang sudah menjangkakan busana itu bakal menimbulkan kontroversi.

Comments

comments