Kami Sahkan Model Terbaru Sony Ini Sebagai TV Paling Futuristik Pernah Dihasilkan

Jika berbincang soal teknologi TV, Sony Bravia tak pernah mengecewakan kami. Pada tahun lepas, Sony Bravia telah melancarkan model Z9D 4K. Sebuah model yang hadir dengan paparan 4K HDR Ultra HD bersaiz 100-inci. Ya, sangat besar dan luas mata memandang.

Pada kami ianya sudah cukup futuristik dan hebat. Nampaknya usaha Sony menghasilkan TV dengan penuh inovasi tidak terhenti disitu sahaja, pada tahun ini Sony telah melancarkan sebuah lagi TV dengan siri A1E.

Apa yang membuatkan TV ini lebih special berbanding TV yang lain adalah teknologi yang ‘mind-blown‘ pada pendapat kami. Menggunakan paparan 4K HDR OLED, ruang ini dipenuhi skrin ‘edge to edge design’ atau lebih dikenali sebagai ‘bezelless’.

Bagaimana pula dengan suara yang dihasilkan? Jika anda sangkakan speaker TV ini terletak di belakang, anda mungkin silap. Menggunakan teknologi terbaru daripada Sony yang dikenali sebagai ‘Acoustic Surface’, bunyi yang dihasilkan bakal dikeluarkan melalui skrin itu sendiri. Cool habis!

Setakat ini masih belum terdapat harga jualan buat model ini. Kami jangkakan Sony bakal mengambil masa yang lama untuk menjual produk ini kepada pasaran umum memandangkan teknologi ini masih baru dan harganya juga mungkin bakal mencecah 6 angka.

JM Comment

comments

Add Comment

Shares
Share This