Kereta Api Berdindingkan Kaca Di Jepun Tawar Permandangan Menakjubkan

Jepun di antara negara yang memang terkenal dengan keindahan alam semulajadinya yang cantik. Bagi anda yang sedang merancang untuk ke Jepun, kini anda boleh menikmati keindahan alam di negara tersebut dengan menaiki kereta api sahaja.

Ya, kereta api berdindingkan kaca! Cool gila. Dengan menaiki kereta api ini, anda boleh menikmati permandangan terus tanpa halangan. Kereta api futuristik ini direka bentuk oleh Ichibansen. Lebih menarik, bilik pemandu keretapi ini juga berdindingkan kaca yang mana penumpang boleh merasai sendiri lebih dekat pengalaman mengendalikannya.

Kereta api yang dikendalikan di barat wilayah Niigata, Jepun ini tersedia dengan dua gerabak. Gerabak pertama merupakan tempat duduk yang menawarkan pemandangan menakjubkan, dan gerabak yang kedua pula menempatkan restoran Perancis.

kereta-api-berdindingkan-kaca-di-jepun-tawar-permandangan-menakjubkan-2

kereta-api-berdindingkan-kaca-di-jepun-tawar-permandangan-menakjubkan-3

kereta-api-berdindingkan-kaca-di-jepun-tawar-permandangan-menakjubkan-4

kereta-api-berdindingkan-kaca-di-jepun-tawar-permandangan-menakjubkan-5

kereta-api-berdindingkan-kaca-di-jepun-tawar-permandangan-menakjubkan-6

kereta-api-berdindingkan-kaca-di-jepun-tawar-permandangan-menakjubkan-7

Terdapat 45 tempat duduk semuanya. Harga tiket termasuk makanan untuk seorang berharga £100 (RM575), manakala tanpa makanan ialah £40 (RM230). Kerata api ini sudah semestinya berikan anda pengalaman yang berbaloi dan cukup menyeronokkan.

 

JM Comment

comments

Add Comment

Shares
Share This