Home Selebriti Korang Yang Kutuk Saya Tu, Ada Tak Jam Rolex? – Datuk Aliff...

Korang Yang Kutuk Saya Tu, Ada Tak Jam Rolex? – Datuk Aliff Syukri

2,998 views
0
SHARE

Umum mengetahui Datuk Aliff Syukri memang seorang yang bersahaja dan pernah makan bersila di lapangan terbang dan membawa bekalan daripada Malaysia untuk masak didalam hotel ketika bercuti di luar negara.

Sedang bercuti bersama keluarganya di Switzerland, Datuk Aliff berkongsi video mereka sekeluarga menikmati masakan air tangannya sendiri dan isteri, Datin Shahida di tengah-tengah kawasan lapang di Switzerland. Siap duduk bersila dan susun lauk pauk yang dibawa bekal.

Dalam video itu juga, Datuk Aliff sempat menunjukkan jam tangan jenama Rolex yang baru sahaja dibeli serta cincin berlian 4 karat dan bergurau mengenai netizen yang selalu ingin mengutuk dirinya.

Takpelah korang kutuk,kutuk lah aku nak makan kat mana pun. Yang penting aku pakai cincin berlian 4 karat, aku pakai jam Rolex baru beli ni. Kutuk,kutuk, tak ape, kutuk lagi selagi mampu. Korang yang kutuk kutuk tu ada tak jam Rolex-nya? Takde, kan? Jahatlah, gurau je.

Bukan semua yang mampu menerima gurauan Datuk Aliff tetapi kali ini agak ramai juga yang menyokong kata-kata beliau.

Win juga ayat Datuk Aliff kali ini walaupun dalam nada bergurau. Apa-apa pun, semoga beliau dan keluarga menikmati percutian bersama di Switzerland.

Comments

comments