Lelaki Beli Kereta Baru Guna 100,000 Duit Syiling

China – Seorang lelaki di Zhengzhou, membuat satu kejutan apabila pergi ke sebuah kedai menjual kereta Toyota di sini dengan membawa berguni-guni duit syiling untuk membeli kereta Toyota Prado.

Empunya kedai gandum yang dikenali dengan nama Guo itu membayar kereta berkenaan dengan 100,000 duit syiling satu yuan, 50 sen dan 10 sen.

Portal Metro.co.uk melaporkan, Guo juga membawa berkarton-karton wang kertas tetapi dengan nilai yang kecil iaitu satu yuan sahaja.

Biarpun terkejut, empat pekerja di kedai tersebut menerima wang terbabit dan mengambil masa kurang dari 12 jam untuk mengira semula.

Namun tidak dapat dipastikan sama ada keseluruhan wang yang dibawa oleh Guo digunakan untuk membayar kereta tersebut secara penuh atau deposit.

lelaki-beli-kereta-baru-guna-100000-duit-syiling-1

lelaki-beli-kereta-baru-guna-100000-duit-syiling-2

lelaki-beli-kereta-baru-guna-100000-duit-syiling-3

JM Comment

comments

Add Comment

Shares
Share This