Home Global Lelaki Dicerai Isteri Gara-Gara Tak Baca Mesej

Lelaki Dicerai Isteri Gara-Gara Tak Baca Mesej

550 views
0
SHARE

Gara-gara tidak membalas mesej si isteri, seorang lelaki di Taiwan diceraikan oleh pasangannya selepas kes itu dibawa ke mahkamah untuk diselesaikan.

Hakim mahkamah yang hanya dikenali sebagai Kao, membenarkan perceraian tersebut selepas wanita bernama Lin mengadu suaminya tidak membalas mesejnya di aplikasi mesej, Line apabila dia dibawa ke hospital selepas kemalangan kereta.

Wanita berusia 50-an itu membuktikan di sebuah mahkamah di daerah Hsinchu bahawa suaminya menerima dan membaca mesej itu dengan menunjukkan simbol ‘tanda baca’ di aplikasi tersebut.

Kao berkata pada awal bulan ini, bahawa bukti itu sudah mencukupi untuk menunjukkan rumah tangga mereka yang retak.

“Defendan tidak bertanya kepada plaintif dan informasi yang dihantar oleh plaintif telah dibaca tetapi tidak dibalas.

“Rumah tangga mereka tidak dapat diperbaiki lagi,” kata hakim berkenaan.
Suami wanita itu hanya melawat sekali sahaja ke hospital dan dia juga memberi mesej kepada isterinya.

Tetapi, mesej yang dihantarnya itu bukan bertanya khabar tetapi berkenaan anjing mereka.

Terdapat beberapa lagi perkara lain yang meyakinkan hakim Kao bahawa hubungan pasangan suami isteri itu mereka tidak dapat diteruskan lagi.

Difahamkan, suami Lin yang berusia 40-an, mempunyai masalah kewangan dan Lin yang membayar kebanyakkan bil mereka di rumah yang dikongsi bersama keluarga suaminya.

Ibu mertuanya pernah mencadangkan wanita terbabit meminjam duit untuk membayar cukai milik ayah mertuanya.

Keluarga mertuanya juga tidak menghormatinya dan mengira jumlah banyak air panas yang digunanya ketika dia mandi, menurut kenyataan mahkamah.

Tetapi, Kao diyakinkan dengan simbol ‘tanda baca’ di aplikasi mesej Line.

“Sekarang, komunikasi di Internet sudah meluas, jadi ini boleh digunakan sebagai bukti.
“Pada zaman dahulu, kami memerlukan bukti bertulis yang dicetak,” katanya.

Itu adalah perkahwinan kedua Lin dan mereka telah menjalani kehidupan kehidupan sebagai suami isteri selama lima tahun.

Comments

comments