Home Semasa Lelaki Maut Kena Tetak

Lelaki Maut Kena Tetak

285 views
0
SHARE

Seorang lelaki warga Filipina maut selepas ditetak oleh ‘kekasih gelap’ ibu mertuanya di dapur rumah Kampung Longgom, Kota Marudu pada Khamis.

Dalam kejadian kira-kira jam 8.30 malam itu, mangsa berusia lingkungan 30-an ditemui terbaring berlumuran darah dan mati di tempat kejadian kerana mengalami kecederaan yang serius.

Menurut Ketua Polis Daerah Kota Marudu, Superintendan Mohd Izaan Abdullah, terdapat kesan tetakan pada leher, perut, muka dan bawah lutut mangsa yang dipercayai ditetak menggunakan parang.

Ujarnya, hasil siasatan awal mendapati suspek melakukan perbuatan tersebut kerana berang selepas mengetahui mangsa pernah melakukan hubungan intim dengan kekasihnya yang juga ibu mertua kepada mangsa.

“Difahamkan ketika kejadian, mangsa bersama isterinya orang tempatan, ibu mertuanya dan suspek berada di rumah itu serta mereka dalam keadaan mabuk.

“Isteri mangsa dikatakan bercerita mengenai mangsa yang sebelum ini pernah melakukan hubungan intim dengan kekasih suspek (ibu mertua mangsa) berusia 61 tahun di ladang getah berhampiran.

“Pendedahan itu menyebabkan suspek marah sehingga berlaku pergaduhan sebelum mangsa ditetak di dapur rumah berkenaan,” katanya dipetik.

Tambah Mohd Izaan, tubuh mangsa ditemui oleh jirannya dalam keadaan nyawa-nyawa ikan sebelum maut dan mayatnya dihantar ke Hospital Pitas untuk dibedah siasat.

Difahamkan, usaha memburu kini giat dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Comments

comments

SHARE