Lihat Bandar Aleppo, Syria Sebelum Dan Selepas Perang

Peperangan semestinya akan mengakibatkan kemusnahan. Bandar dan penduduk di Aleppo tidak terkecuali dari menjadi mangsa kemusnahan ini. Setelah perang bermula 4 tahun yang lalu, hampir 250,000 penduduk terperangkap di bandar itu, ribuan telah meninggal dunia dan tiada lagi fasiliti awam seperti hospital, masjid yang berusia ratusan tahun dan rumah-rumah kekal berdiri di bandar Aleppo.

Ini merupakan sebahagian dari gambar sebelum dan selepas beberapa lokasi tarikan pelancong di Aleppo sebelum perang saudara di Syria bermula. The Great Mosque of Aleppo (Masjid Umayyad) yang dibina pada abad ke-8 yang juga merupakan tapak warisan UNESCO adalah antara monumen di Aleppo kini hanya tinggal kenangan. Kompleks Masjid Umayyad menjadi medan pertempuran sejak awal peperangan ini lagi oleh askar yang memberontak pemerintahan Bashar Al-Assad dan kini kompleks itu dipenuhi dengan debu dan runtuhan hasil pertempuran itu.

Bandar Aleppo kini telah ditawan sepenuhnya oleh President Bashar al-Assad dengan bantuan Russia selepas 5 tahun perang saudara ini berlanjutan. Bandar yang dahulunya menjadi tumpuan pelancong kini musnah dan untuk mengembalikan keindahan Aleppo tampak sangat mustahil lebih-lebih lagi bandar itu kini sudah jatuh ke tangan Bashar Al-Assad. Sama-samalah kita berdoa agar penduduk Aleppo yang tidak bersalah, dalam keadaan selamat. #PrayForAleppo

JM Comment

comments

Add Comment

Shares
Share This