Home Santai ‘Luar Macam Setinggan, Dalam 5 Star!’

‘Luar Macam Setinggan, Dalam 5 Star!’

696 views
0
SHARE

Bila bercuti, pastinya kita ingin menginap di hotel yang memberi perkhidmatan tahap ‘A’ dan berkualiti. Selain itu, harganya biarlah berpatutan, barulah puas hati. Tetapi sukarnya mencari hotel sebegini dan tidak dapat juga kita bergantung sepenuhnya pada gambar-gambar iklan hotel sama ada di laman web atau aplikasi travel di telefon bimbit.

Jadi, untuk itu kita perlu melihat beberapa review yang lengkap dari pengguna yang pernah mempunyai pengalaman menginap di sesebuah hotel itu seperti yang direview oleh Puan Azza Nur Azwa ini yang sangat lengkap dan rasa tertarik pula untuk mencubanya.

HI, saya nak kongsi hotel kedua kami check in sejak bercuti ke Melaka, kelmarin. Hotel ini memang paling best dalam bandaraya Melaka bagi saya sebabnya, sudahlah murah hotel pula macam five star.

Saya booking hotel ini menggunakan Traveloka pada harga RM218 dan dapat kupon baucar 20%. Jadi harga bilik yang saya dapat ini RM174.40/semalam untuk Deluxe King termasuk sarapan pagi untuk dua orang.

Berbaloi sangat-sangat. Sudahlah di tengah-tengah bandar, tak perlu bersusah payah nak mencari tempat letak kereta. Pergi ke mana-mana, kami jalan kaki sahaja.

Kami bertiga rasa tak boleh nak move on sebab hotel ini best sangat. Dari luaran bangunan, korang takkan expect dalam hotel ini high class sangat. Siapa-siapa yang rasa nak bercuti di Melaka, feel free to share this post untuk reference korang. Benda baik, apa salahnya saya share, kan?

Details ada di setiap gambar. Memang berbaloi untuk keluarga dan anak-anak.

Bilik yang saya booking ini Deluxe King termasuk breakfast untuk dua orang dewasa.

Lihatlah interior design bilik air hotel ini macam five star. Teruja sangat-sangat. Rasa-rasa nak tengok televisyen sambil berendam dalam bathtub itu, bolehlah buka saja tirai bilik air ini.

Complimentary kit untuk guest.

Sempat saya posing sebelum menggunakan bilik air ini. Rasa nak tidur dalam bilik air.

Dapat bathrob lagi, selipar pun. Siap dah ada iron dan iron board siap-siap dalam bilik. Jadi tak perlulah saya susah-susah call room service untuk request. Senang kerja. Complete.

Mini bar. Complimentary mineral water dan 3 in 1 pun ada. Peti ais pun ada tau. Memang senang. Dahlah ruang besar.

Korang tengok bottle toiletries hotel ini bagi. Saya memang suka benda-benda macam ini. Comel cute-mute. Sekali tengok dah macam loccataine punya product. High class sangat.

Shower dengan bathtub berasingan. So bilik air hotel ini memang luas walaupun bilik untuk dua orang.

Kettle pun canggih tau.

Delisha tengah busy dengan projek juta-juta dia.

Acara paling Delisha suka kalau pergi hotel. Swimming. Best gila pool hotel ni, indoor tau. First time saya datang pool indoor. Jakuzi pun ada. Sesuai untuk dewasa dan kanak-kanak. Waktu kami berendam ini dalam jam 8 malam. Orang tak ada sangat. Jadi, pool ini kami yang punya, bukan Ahmad Albab yang punya. (Hahaha!)

Pool hotel ini dibuka dari jam 8 pagi hingga jam 9 malam. Jarang hotel nak buka sampai malam. Di sini senang, dahlah indoor, pakaian pun tak ada rules. Jadi tak perlu risau dan korang boleh pakai apa-apa saja, janji jangan bogel. Takut tak ada orang nak mandi di pool ini.

Siap ada steam room dengan sauna room. Masuk percuma. Once korang dah check in sini, tak perlu risau. Semua benda korang masuk secara percuma saja. Memang hebat hotel ini.

Tak habis di pool, dia sambung di bathtub pula.

Bilik ini luas, korang boleh solat jemaah berdua atau bertiga atau ramai-ramailah senang cerita walaupun bilik untuk dua orang. Jadi tak ada isu berlanggar punggu ke, badan ke.

Suis aircond hotel ini paling lain dari yang lain. Suis pun canggih, touch screen je. First time hotel yang saya pergi guna touch screen.

Bahagian lobi hotel pun dah nampak seperti hotel lima bintang.

Entrance untuk masuk dining room hotel ini.

Kenyang breakfast sampai tertidur Delisha.

Buffet breakfast, macam-macam ada.

So inilah makanan breakfast kitorang. First round baru ni. Korang pernah dapat breakfast kat hotel served takoyaki? Tak pernah kan? Hotel ini ada, saya rasa paling banyak saya makan ialah takoyaki. Marvelous.

Delisha ni masalah betullah bila nak makan baru nak tidur. Dia macam tak tahu ibu dia ni gila makan.

Inilah orang kata luar setinggan, dalam condo. Ibarat macam hotel aku duduk ini. Seronok sangat.

Sumber: Azza Nur Azwa

Comments

comments