McD Batal Agensi Pekerjaan Bayar Gaji Rendah

Oleh kerana didakwa membayar upah dan gaji yang terlalu rendah, McDonald’s membatalkan kontrak dengan agensi pembekal tenaga pekerjanya.

mcd-batal-agensi-pekerjaan-bayar-gaji-rendah

Melalui laporan oleh The Guardian, agensi pembekal pekerja itu telah menahan gaji pekerja asing yang dibekalkan kepada McDonald’s dan membayar mereka dengan gaji yang serendah RM3.33 sejam serta mengambil pasport milik pekerja berkenaan.

Kisah ini terdedah apabila wartawan mewawancara 15 pekerja Nepal yang berkerja di beberapa cawangan restoran McDonald’s di ibu kota.

Manakala menurut Reuters kelmarin, rangkaian restoran makanan segera popular itu telah menamatkan kontrak dengan Human Connection HR dan meletakkan kebajikan pekerja sebagai prioriti syarikat mereka.

Sementara itu Human Connection HR akan mengeluarkan kenyataan berkenaan isu ini tidak lama lagi. Agensi tersebut telah menyediakan pekerja asing kepada McDonald’s selama beberapa tahun sebelum ini.

Buat masa sekarang McDonald’s telah menyediakan peluang pekerjaan buat 12,000 orang pekerjanya di Malaysia.

JM Comment

comments

Add Comment

Shares
Share This