Home Global Mumia Makhluk Asing

Mumia Makhluk Asing

193 views
0
SHARE

Sebahagian besar sainstis menganggap mumia tiga jari yang ditemui di Peru, tahun lepas sebagai penipuan semata-mata namun ada juga antara mereka yang terpesona dengannya.
Ia termasuk seorang pakar dari Rusia, Dr. Konstantin Korotkov yang mendakwa telah melakukan ujian DNA untuk membuktikan mumia itu bukan manusia.

Dr Konstantin yang merupakan seorang profesor dalam bidang komputer sains dan biofizik di Saint-Petersburg Federal University percaya mumia itu adalah makhluk asing.

Beliau sebelum ini mencetuskan kontroversi apabila mendakwa mencipta kamera yang boleh merakamkan gambar roh manusia pada 2008. Dakwaannya ketika itu telah dikecam ramai.

Namun kali ini, Dr. Konstantin berminat dengan mumia yang dikenali sebagai Maria. Maria telah ditemui oleh seorang wartawan kontroversi Mexico, Jamie Maussan pada awal tahun lepas.

Setiap mumia mempunyai dua tangan, dua kaki, kepala dan sepasang mata serta mulut.DNA mereka menunjukkan mereka mempunyai 23 kromoson, sama seperti kita.

Semuanya adalah lelaki dan setiap satu dengan kromosom Y.

Mereka kelihatan seperti manusia, tetapi bukan. Struktur anatomic mereka berbeza,’’ kata Dr. Konstantin kepada Sputnik News. Bagaimanapun pakar makhluk asing Britain yang juga penulis buku UFO Investigations Manual, Nigel Watson menolak penemuan Dr. Konstantin dan menganggap ia sebagai penipuan.

Saya rasa penemuan mengenai mumia ini sesuatu yang kelakar dan mumia itu juga mungkin palsu.

Bukti baru menunjukkan Maria adalah manusia, satu-satunya perkara aneh ialah dia mempunyai struktur tulang rusuk yang tidak biasa. Ini mungkin kerana dia adalah montaj tulang yang dibuat oleh penipu.

Comments

comments

SHARE