Home Aduan Pengasuh Pukul, Campak & Biar Anak-Anak Asuhan Kesejukan Dalam Kolam Kerana Tak...

Pengasuh Pukul, Campak & Biar Anak-Anak Asuhan Kesejukan Dalam Kolam Kerana Tak Puas Hati Dibayar Gaji Murah

1,397 views
0
SHARE

Jam 2 pagi, masih tak dapat lelapkan mata. Asyik teringat kejadian petang tadi.

Saya bawa anak riadah di kolam mandi bawah flat saya di Taman Len Sen, Cheras. Ada seorang wanita ini, dia bawa empat orang kanak-kanak. Paling besar, umur lingkungan dalam 6 tahun. Yang kecil perempuan dalam 2 tahun.

Dia marah budak-budak itu. Yang kecil dipukul sebab nak buka pampers. Siap buka, terus dia campak saja ke dalam kolam itu, sekali dengan seorang lagi budak. Allahu, apalah salah budak-budak itu. Kalau kau tak puas hati bayaran, bawa-bawalah berbincang. Jangan pukul budak-budak.

Saya tak berani nak sampaikan hal itu pada mak budak-budak terbabit sebab orang di sini jenisnya bawa hal masing-masing. Nanti mak budak-budak itu boleh ke percaya cakap saya?

Sebelum balik, anak dia terjun sekali lagi ke dalam kolam dan air terpercik lalu terkena si adik. Akibatnya, si anak ditampar dan dibelasah bagai nak rak, sampai saya terpaksa menenangkan dia. Di depan orang ramai dia berani buat begini. Di rumah? Tak tahulah apa nasib budak-budak itu.

Saya menahan geram tengok. Dalam hati teringin sangat nak bertanya, kenapa buat anak-anak begitu? Akhirnya dapat juga tanya.

Kanak-kanak lelaki berusia 5 tahun, yang perempuan berusia 2 tahun itu adalah anak yang diasuhnya. Dua orang lagi adalah anaknya sendiri yang masing-masing berusia 4 dan 6 tahun.

Dia asyik-asyik marah dan pukul budak-budak itu. Dua beradik yang diasuhnya, dibiarkan kesejukan dalam kolam. Anak dia, pandai pula dia bawa keluar sebab sejuk.

“Kasihan budak-budak itu kesejukan,” saya kata.

“Biarlah, nak sangat mandi. Lagipun mak dia bayar upah murah sangat,” kata wanita itu.

Saya cuma dapat tahu yang ibu dua beradik itu kerja di HUKM, waktu pejabat (bukan shift) dan biasa pakai baju hijau. Harap sangat-sangat mak budak-budak itu ada dalam group Kelab Ibu Mengandung Malaysia.

Di depan saya, dia (pengasuh) pukul anak-anak awak. Di belakang orang, mungkin lagi teruk rasanya. Kasihan dengan anak-anak awak. Nak jumpa awak depan-depan, takut jadi hal lain. Silap-silap awak tak percaya saya.

Kepala saya masih terbayangkan insiden itu. Sampai sekarang tak dapat nak lelap fikirkan nasib budak-budak itu.

Oleh Yuhaiza Hamid

Comments

comments