Home Selebriti Polis Sahkan Farid Kamil Positif Ganja

Polis Sahkan Farid Kamil Positif Ganja

24 views
0
SHARE

Setelah dihimpit pelbagai persoalan mengapa Datuk Farid Kamil bertindak ganas menampar anggota polis dan menendang orang awam, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din memberitahu hasil ujian air kencing mendapati Farid positif dadah jenis ganja.

Sebaik sahaja polis menahan suspek, ujian air kencing dijalankan bagi mengesan sama ada dia berada di bawah pengaruh dadah. Hasil ujian terbabit mendapati dia positif dadah jenis ganja.

Kini, Farid disiasat kerana berkelakuan tidak senonoh dalam balai polis mengikut Seksyen 90 Akta Polis serta Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana penyalahgunaan dadah. Suspek akan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Petaling Jaya esok, bagi mendapatkan perintah reman untuk siasatan lanjut.

Kami juga terkejut dengan berita penahanan Farid dan tidak sangka juga beliau akan positif dadah. Farid sebelum ini jarang sekali terpalit dengan kontroversi panas dan antara artis yang menjadi pujaan ramai kerana mempunyai auranya tersendiri. Kita nantikan apa perkembangan lanjut kes ini nanti.

Comments

comments