Ramai Tak Percaya Tapi Inilah 18 Realiti Di Sebalik Travel Gaya Bajet

Bila ada yang pertikai dan meragui memang wujud pengembara yang mampu travel gaya bajet, saya terpanggil untuk berkongsi dengan anda 20 bidaah ini.
Harapan saya agar ia dapat membuka mata anda bahawa travel itu bukan hanya untuk mereka yang berduit, tetapi sebenarnya boleh dilakukan oleh sesiapa saja.
1. Kecoh lagi kisah pengembara bajet murah ini. Saya rasa orang marah bukanlah sebab dia tahu buat bajet atau itenerari, orang marah apabila dia keluar media “kembara Eropah dengan RM200 sahaja” dan merendah-rendahkan mereka yang berbajet lebih mahal.
Hatta sahabat-sahabat traveler saya pun ada perbezaan pendapat juga, tiada masalah saya hormati semua.
2. Tahukah anda bahawa Perdana Menteri dan CEO syarikat besar yang mengembara serata dunia boleh travel dengan bajet sifar dari poket mereka sendiri? You may say, that’s not the point here, dan mereka ini adalah orang besar yang banyak keistimewaan.
3. There is a point here. When you talk about travel expenses, PRIVILEGES count. Travel blogger yang terulung dari USA Nomadic Matt seringkali mendapat tiket dan hotel percuma dengan penggunaan kad kreditnya.

musafir-duniawi-1-768x576
Rakan saya yang lepak weekend di Switzerland untuk menyambut harijadinya dapat tiket Qatar Airways secara percuma. Saya sendiri pernah ke Osaka/Kyoto berbekalkan RM300 saja kerana syarikat saya telah menanggung kos tiket, hotel, separa pengangkutan dan separa makan.

4. Apa, anda ingat keistimewaan itu senang dapat dan jatuh dari langit? Keistimewaan yang didapati itu perlu diusahakan terlebih dahulu. Belajar travel hacks.
Contohnya untuk dapatkan tiket percuma Malaysia Airlines ke London memerlukan 120,000 poin Enrich Miles. Untuk dapat sebanyak itu, seseorang perlu belanja RM40-50 ribu menaiki pesawat MAS atau rakan-rakan One World nya.
5. Jadi persoalannya, jika seseorang dapat tiket percuma ke London dengan hanya berbelanja RM1000 di sana, adakah belanjawan pengembaraannya dikira RM1000 atau RM50ribu? Kalau dia cakap RM1,000 memanglah dia akan dibid’ahkan.
6. It’s hard to say isn’t it? Pengiraan bajet yang betul-betul sebenar untuk pengembaraan ialah sesuatu yang fluid. Susah dianggar. Tapi jika dikira perbelanjaan kasar ikut itenerari: penerbangan, pengangkutan, penempatan, makan dan lain-lain, ini sangat senang kira.
7. Ok disini saya nak masuk topik bid’ah sang pengembara. Tiada pengembaraan yang bebas risiko. Hatta mengikut travel agency sekali pun, tidak bebas risiko.
8. Mereka yang lebih muda sanggup ambil risiko lebih tinggi seperti naik lori, hitch-hike, tidur di tepi jalanan, tidur di stesen bas, couchsurfing. Mereka boleh menilai risiko sendiri.
Risiko kena rompak, kena liwat, kena kencing semua tu tetap ada. Mereka yang mengembara bersama keluarga tidak sanggup ambil risk exposure begini. Sebab itu, pengambil risiko tinggi ini selalu dibid’ahkan.

musafir-duniawi-3-768x576

9. Kalau diikutkan risiko mengembara yang paling rendah ialah bersama travel agency yang berlesen. Namun, risiko rendah bukan bermaksud tiada risiko. Risiko bas chartered travel agency jatuh gaung ada jugak. Risiko tetap ada. Cuma risk exposure sampai tahap mana yang anda boleh tahan, dan tahap mana anda nak bid’ahkan.
10. Saya pernah sesat di gurun Nevada tahun lepas, hampir meninggal kerana dehidrasi. Saya tahu itulah risiko hiking di gurun panas. Saya ikut semua kaedah mengurangkan risiko termasuk bawa botol air, bawa peta, pakai sunblock, ikut trail yang ditetapkan.
Satu saja nasihat yang saya tak ikut iaitu “jangan hiking seorang diri”. Masa tu saya nak tengok juga tempat cantik alang-alang sampai dari jauh, dan tiada teman travel lain yang sanggup ikut sekali. Tapi sesat juga di gurun sampai terpaksa hubungi 911 dan helikopter untuk menyelamatkan saya daripada gurun itu.
11. Persoalannya, bagaimanakah risk assessment saya ketika itu? Bagaimana pula risk management? Adakah saya telah menyusahkan orang (park ranger dan 911) untuk menyelamatkan saya?
Saya kira risk exposure adalah sederhana saja kerana sudah biasa kembara solo. Saya sendiri telah ikut nasihat yang diberikan kecuali satu. Dan saya sendiri tidak rasa telah menyusahkan sesiapa pun.
12. Dalam kita cerita topik menyusahkan orang ketika mengembara, kita perlu lihat keseluruhan konteks. Adakah couchsurfing itu dikira menyusahkan tuan rumah?
Saya rasa kebanyakan masa, tuan rumah amat gembira ada couchsurfer di rumahnya. Tetapi gunalah juga penilaian risiko dengan teliti. Kajilah profile tuan rumah, tengok review, rumahnya bagaimana, biliknya bagaimana, kerjanya bagaimana.
Tengok the whole picture. There is no right or wrong, only risk assessment. Saya sendiri pernah duduk hotel 4 bintang, tapi handphone kena curi juga! Tapi kalau anda tanya saya, saya akan tetap kata hotel 4 bintang lebih selamat daripada couchsurfing, cuma kenalah belajar menilai risiko.

 

sesat-di-gurun-nevada-2-e1433083348977

13. Jadi menyusahkan orang macamana yang salah? Where do we draw the line? The line is when it becomes excessive and illegal. Contohnya kita asalnya nak couchsurfing 3 hari saja, tapi tukar plan sampai nak 3 minggu. Tuan rumah pun nak jaga hati anda, dia iyakan saja. But that is still excessive!
Satu lagi pula ialah – when it is illegal. Saya pernah baca blog Singapura yang mencuri makanan di Eropah dan curi-curi naik pengangkutan awam secara percuma semata-mata nak berjimat dan keluar media popular.
14. Tapi kalau anda dapat couchsurfing sepanjang pengembaraan, makan minum ditanggung, pengangkutan diberi percuma – kalau anda pandai cari tawaran sebegini anda memang genius!
Kalau anda pandai deal & plan ahead – that is how legendary travelers are born. Why are they legendary? Because they assimilate with the locals, understanding cultures, languange, joys and struggles . You cannot get these kind of deals if you insist to stay in a 5-star hotel.
15. Saya memang advokat travel insurance dan life insurance. Beginilah cara untuk anda pindahkan atau kurangkan risiko semasa mengembara. Semestinya anda sihat dan sado, tapi kalau anda kena langgar bas, insurans inilah yang nak tolong anda nanti.
Jatuh gaung terjelepuk mati, insurans ini jugaklah nak bawak mayat pulang anda ke pangkuan keluarga. Atau boleh digunakan untuk membayar segala kos pengebumian anda di luar negara.
16. Jika anda tak mahu dibid’ahkan, ambil langkah pengurangan atau pemindahan risiko. Pengambil risiko besar memang akan sentiasa dibid’ahkan, lagi-lagi jika mereka tidak faham kenapa anda sanggup ambil risiko itu.
Kalau anda terpaksa susahkan orang seperti menyusahkan ibubapa, apabila anda boleh ambil travel insurance, this is when you draw the line.
17. Saya fikir isunya di sini bukanlah cara mengembara mana lebih baik: bajet rendah atau bajet mewah, jetsetter atau overlander, short-termer atau long-termer, backpacker atau trolleypacker.
Isunya – anda belajar apa-apa tak daripada pengembaraan anda? Ada terbuka mata, terbuka minda? Ini bukan setakat masalah pengembara bajet rendah, yang tiba di sesebuah negara, selfie sikit, belanja RM200 dan kemudian terus ke negara sebelah.
18. Pengembara bajet mewah pun sama saja. Ada yang bayar sampai RM20,000 tapi tak belajar apa-apa langsung. Tiada pengisian ilmu dan pengalaman. Ini lagi rugi.

sesat-di-gurun-nevada-8-768x432

Jadi kesimpulan poin-poin saya di sini:
A. Bila anda mengembara, ambil kira semua keistimewaan yang anda perolehi. Jika tak ada keistimewaan tersebut, cuba dan usaha untuk dapatkannya. Bukan membid’ahkan mereka yang ada keistimewaan.
B. Menilai dan mengenal pasti risiko sewaktu mengembara adalah satu perkara yang sangat penting (Assessment of risk exposure is critically important in travel situations).
C. Menyusahkan orang itu – is a relative term. We draw the line when you are doing it excessively and committing to illegal wrongdoings.
D. Kurangkan dan pindahkan risiko kepada syarikat insurans dan takaful.
E. Bila mengembara, bukan lah mata, buka minda dan beri peluang kepada diri untuk belajar. Tak kisah kembara gaya bajet atau gaya mewah.

JM Comment

comments

Add Comment

Shares
Share This