Sanggupkah Anda Membayar RM83,000 Untuk Jam Tangan Pikachu Edisi Khas Ini?

Adakah anda masih bermain game Pokemon Go? Kalau ya, anda memang peminat tegar Pokemon. Untuk meraikan ulang tahun ke-20 Pokemon, pembuat jam tangan mewah, RJ- Romain Jerome bekerjasama dengan Pokemon COmpany untuk jam edisi khas. Pokemon yang terpilih untuk menghiasi jam ini tidak lain tidak bukan watak Pokemon favourite semua, Pikachu!

Pada muka depan jam ini, anda boleh lihat branding RJ di atas logo petir dan gambar Pikachu yang comel. Jam ini diperbuat daripada 46mm Moon Invader titanium case dan strap getah berkualiti tinggi.

Jam ini terhad kepada 20 unit sahaja dan ianya akan dijual pada harga USD20,000 (lebih kurang RM83,000) untuk seutas. Hm, untuk harga begitu, baik saya beli jam Pikachu di Petaling Street. RM10 boleh dapat. Tapi kalau anda memang nak jadi salah seorang dari 20 orang pemilik jam tangan ini, silakan dan terus catch em’ all!

sanggupkah-anda-membayar-rm83000-untuk-jam-tangan-pikachu-edisi-khas-ini-2

sanggupkah-anda-membayar-rm83000-untuk-jam-tangan-pikachu-edisi-khas-ini-3

JM Comment

comments

Add Comment

Shares
Share This