Home Santai Santa Cruz del Islote : Pulau Paling Padat Di Dunia

Santa Cruz del Islote : Pulau Paling Padat Di Dunia

137 views
0
SHARE

Bagi mereka yang mahukan ketenangan, pasti anda sukakan pulau ini. Ia bukan sebarang pulau, tetapi pulau dengan kepadatan penduduk paling tinggi di dunia.

Santa Cruz del Islote terletak di pantai di Bolivar, Colombia, yang merupakan sebahagian daripada Kepulauan San Bernardo.

Ia juga merupakan tempat ke-4 paling padat di dunia. Ia boleh diakses dari pelabuhan Tolu menggunakan bot. Pulau ini berkeluasan 3 ekar atau 0.012 kilometer persegi, lebih kurang 1.5 kali saiz padang bola antarabangsa.

Didiami sekitar 1,200 penduduk

Kira-kira 1,200 penduduk mendiami Santa Cruz del Islote yang memberikan kepadatan setinggi 103,917 penduduk per kilometer persegi, iaitu 1129 kali ganda kepadatan penduduk di Malaysia.

Setiap inci kawasan di pulau ini diduduki, kecuali sebuah halaman kecil sebesar separuh gelanggang tenis.

Apa yang lebih menarik adalah tiada bangunan tinggi di sini melainkan rumah satu dan 2 tingkat yang disambungkan melalui lorong-lorong kecil.

Dibangunkan 150 tahun lalu

Penduduk tempatan memberitahu pulau ini ditemui kira-kira 150 tahun yang lalu oleh nelayan-nelayan dari Barú, Colombia, yang berlayar di kawasan sekitar.

Dan disebabkan nelayan-nelayan tersebut mendapati sesuatu yang jarang ditemui di Carribean, iaitu, tiada nyamuk di pulau ini, membuatkan mereka membina penempatan.

Kini, pulau ini menempatkan 90 buah rumah yang dibina sehingga ke bibir pantai di sepanjang pulau ini. Juga terdapat 2 buah kedai, sebuah restoran, sebuah disko dan juga sekolah.

Punca rezeki utama penduduk pulau ini adalah sebagai pekerja hotel di Pulau Mucura, pulau bersebelahan, dan juga sebagai nelayan. Pendapatan mereka dikatakan cukup untuk menampung hidup.

Tiada bekalan elektrik dan air bersih

Waalaupun ia tersaangat padat, namun penduduk di sini hidup dengan aman dan kawasan serta pemandangannya juga seperti syurga dunia. Tiada doktor, dan penduduk mendapat bekalan elektrik melalui satu penjana kuasa yang hanya dipasangkan 5 jam sehari.

Juga tiada saliran air atau sistem pembentungan. Bekalan air bersih yang terhad dihantar oleh tentera laut Colombia setiap 3 minggu. Pulau ini juga tidak mempunyai saluran telekomunikasi, bermakna tiada Facebook, Youtube, Instagram, malah panggilan telefon.

Di sini tiada anggota polis, dan penduduk tidak perlu mengunci pintu-pintu rumah kerana hampir tiada jenayah di sini. Kanak-kanak juga dikatakan sangat berkelakuan baik kerana setiap penduduk di sini kenal antara satu sama lain.

Satu-satunya servis yang dibekalkan oleh kerajaan di pulau ini adalah pengawal keselamatan di sekolah yang dihadiri oleh 80 pelajar. Undang-undang negara mewajibkan setiap sekolah di negara ini mempunyai pengawal keselamatan.

Masih hidup aman dan tenang

Walaupun serba kekurangan, penduduk tempatan memberitahu hidup mereka di pulau ini sebagai sangat tenang dan aman.

Tiada siapa yang mahu berpindah dari pulau ini, kecuali apabila meninggal dunia kerana tiada tanah perkuburan di pulau ini.

Penduduk yang meninggal dunia dibawa keluar ke pulau berdekatan untuk dikebumikan.

Comments

comments