Home Semasa ‘Saya Minta Maaf, Minta Ampun’ – Janda Siti Amiza Tampil Mohon Maaf

‘Saya Minta Maaf, Minta Ampun’ – Janda Siti Amiza Tampil Mohon Maaf

799 views
0
SHARE

Setelah dikecam hebat oleh netizen ekoran viral video janda luah keinginan peliknya dirogol 10 orang lelaki, wanita itu akhirnya tampil memohon maaf.

“Saya minta maaf sangat-sangat. Saya Siti Amiza Baharuddin yang telah membuat onar mengenai video tempoh hari, saya minta maaf dan saya berjanji tidak akan mengulangi kesilapan yang sama lagi.

“Yang mana tak suka saya, saya minta maaf dan minta ampun sangat-sangat. Saya berjanji tidak akan membuat onar lagi dan saya tidak bermaksud menyinggung perasaan India, Cina dan Melayu. Saya cuma kata sesetengah.

“Saya berharap kaum Cina, India dan Melayu yang terasa dengan kenyataan saya dalam video, memaafkan saya. Saya kata saya tidak mahu berkahwin dengan orang Melayu, mungkin sebab saya ada fobia yang awak semua tidak tahu,” katanya.

Semenjak viralnya video tersebut, Siti Amiza banyak menerima gangguan daripada ramai lelaki yang tidak dikenali di telefon bimbit di mana mereka semua mengajaknya untuk melakukan hubungan seks.

Enggan terus diganggu, Siti Amiza berkata, dia akan mendedahkan semua nombor-nombor lelaki miang yang mengganggunya itu di media sosial.

“Saya akan viralkan di Facebook, nombor-nombor lelaki yang telah mengganggu dan mengajak saya buat hubungan seks. Boleh lihat sendiri bagaimana golongan lelaki ini mengutuk saya di Facebook tetapi di chat, semua nak main dengan saya,” katanya yang mengesahkan lebih 200 nombor telefon yang diperolehinya.

Terdahulu, Siti Amiza meluahkan keinginan peliknya bersama 10 orang lelaki merogolnya. Bagaimanapun, netizen mengecam wanita berkenaan dan menganggap Siti Amiza keterlaluan dan tidak bermaruah.

Video viral wanita itu turut mendapat perhatian badan NGO yang kemudian datang ke rumahnya di Kedah bagi menegur tindakan kurang sopan dan memalukan itu. Namun ketika hari kejadian, Siti Amiza tiada di rumah.

Comments

comments