Selebriti Tarik Semula Sokongan Kepada Terapi Ozon Cuci Darah

Jika sebelum ini beberapa barisan selebriti telah menyatakan sokongan mereka kepada perkhidmatan terapi ozon yang semakin mendapat perhatian di laman sosial, nampaknya rawatan mencuci darah tersebut tidak mendapat kelulusan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Melalui laporan New Straits Time itu, rata rata selebriti menarik semula sokongan mereka terhadap rawatan tersebut. Antara selebriti yang memberi kenyataan kepada portal berita tersebut ialah Remy Ishak, Ashraf Muslim, Zizan Razak, Ika Nabila dan juga Julia Ziegler

“Saya terbabit dengan promosi terapi itu tetapi ia satu kesilapan. Saya pun manusia biasa. Saya tak dapat maklumat yang mencukupi sebelum membabitkan diri dengan perkhidmatan yang saya promosikan itu”

“Mereka mendakwa yang ia diluluskam KKM, tapi saya patut lebih tahu. Saya tarik balik sokongan terhadap perkhidmatan tersebut. Sebenarnya saya tak rasa apa-apa perubahan selepas menjalani prosedur itu (terapi ozon)”

“Saya rasa lebih sihat selepas bersenam di gym. Saya akan beritahu pengendali perkhidmatan itu untuk buang promosi melibatkan saya dari lamannya,” jelas Remy.

Sementara itu bagi Zizan Razak pula, dia sememangnya tidak berani untuk menjalani rawatan tersebut dan hanya menampal tiub tiub di lengannya. Malah Zizan juga pernah terdengar cerita yang mengejutkan berkenaan rawatan cuci darah ini.

“Jujurnya, walaupun video dan gambar menunjukkan seolah-oleh saya menjalani rawatan tersebut, saya tak berani kerana beberapa hari sebelum itu, saya dapat tahu ada orang yang ada masalah buah pinggang jalani terapi ozon dan meninggal dunia tak lama kemudian”

“Saya sebenarnya tak berfikir masak-masak sebelum tolong kawan saya promosikan perkhidmatan itu. Saya hanya setuju biarkan tiub-tiub ditampal dengan pita pelekat pada lengan saya. Kepada peminat saya, tolong abaikan testimonial mengenai suntikan vitamin dan terapi ozon”

“Tolong periksa kelulusan dan keselamatan produk sebelum gunakannya. Jangan ambil lewa kerana akibatnya boleh jadi sangat buruk. Lindungi badan dan kehidupan anda, jangan ambil risiko beli produk yang meragukan,” kongsi Zizan kepada peminat dan juga orang ramai yang mungkin berminat mencuba rawatan tersebut.

Jadi, bagi anda yang mungkin berminat untuk merasai sendiri pengalaman cuci darah ini, adalah lebih baik sekiranya anda mengamalkan cara pemakanan dan juga gaya hidup sihat. Tiada jalan pintas untuk sihat.

JM Comment

comments

Add Comment

Shares
Share This