Home Global Siapa Menang? Pelari ‘vs’ Jet Tempur!

Siapa Menang? Pelari ‘vs’ Jet Tempur!

615 views
0
SHARE

Satu rakaman video pendek menunjukkan seorang atlet bertanding dengan jet tempur, dan keputusannya sangat mengejutkan!

Atlet pelari pecut China, Zhang Peimeng telah memecah rekod peribadi terbaik iaitu 20.47 saat untuk larian 200 meter- tetapi ini adalah kali pertama dia berdepan lawan yang sangat berbeza iaitu sebuah jet tempur milik tentera.

Aksi mendebarkan itu pada awalnya bermula dengan menunjukkan pelari pecut tersebut memanaskan badan terlebih dahulu sebelum bersedia di dalam posisi untuk memulakan larian.

Sementara itu, juruterbang jet itu bersiap sedia memanaskan enjin untuk memecut pada kelajuan yang tinggi.

Zhang bersedia untuk berlari semasa pihak terlibat mengibarkan bendera sebelum melepaskan satu tembakan ke udara sebagai tanda pertandingan larian pecutan 50 meter itu bermula.

Atlet itu memecut selaju yang mungkin tanpa melihat kelajuan jet yang bergerak laju di sebelah kanannya.

Namun, juruterbang itu tidak dapat menahan diri daripada memerhatikan larian Zhang, yang pernah mencipta sejarah dengan memecahkan rekod China dengan larian 100 meter dalam masa tempoh 10 saat.

Di akhir perlawanan hangat itu, kelajuan mereka kelihatan setara dan seolah-olah berakhir dengan keputusan seri tetapi, pelari pecut itu terlebih dahulu tiba di garisan penamat, sekali gus menewaskan pesawat tentera tersebut.

Video itu ditonton ribu kali dan aksi Zhang mendapat pujian melambung daripada pengguna Internet yang menyifatkan pelari itu mempunyai ‘tenaga yang luar biasa’.

Comments

comments