Home Kesihatan Tips Wanita Mengandung Naik Kapal Terbang

Tips Wanita Mengandung Naik Kapal Terbang

207 views
0
SHARE

Menurut pakar, waktu terbaik untuk wanita mengandung menaiki kapal terbang ialah dalam fasa kedua kehamilan iaitu apabila kandungan anda masuk empat bulan. Ini kerana fasa pertama (tiga bulan pertama) selalunya adalah fasa morning sickness manakala fasa ketiga merupakan fasa akhir kehamilan.

Dari segi peraturan syarikat penerbangan pula, setiap wanita mengandung yang ingin menaiki kapal terbang perlu mengisi borang pengakuan sedang mengandung jika anda dalam usia kandungan 27 minggu ke atas.

Setiap syarikat penerbangan mempunyai polisi masing-masing. Di sini kami sertakan beberapa syarat syarikat penerbangan yang dikenakan ke atas wanita mengandung:-

  1. AirAsiaMinggu ke 27 : Wajib tandatangan borang Limited Liability Statement semasa waktu check-in.
    Minggu ke 28-34 : Wajib tandatangan borang Limited Liability Statement semasa waktu check-in berserta surat dari doktor yang menyatakan bilangan minggu kehamilan.
    Minggu ke 35 : Tidak dibenarkan menaiki pesawat
  2. Malindo Air
    Minggu ke 27 : Penumpang dikehendaki menandatangani Borang Pelepasan dan Indemniti untuk dibenarkan menaiki pesawat.
    Minggu ke 28 – 35 : Penumpang dikehendaki menandatangani Borang Pelepasan dan Indemniti untuk dibenarkan menaiki pesawat dan Wajib ada surat doktor.
    Minggu ke 35 ke atas :Tidak dibenarkan menaiki pesawat.
  3. FireflyMinggu ke 36 dan ke bawah : Dikehendaki mengisytiharkan kehamilan mereka dan melengkapkan serta menandatangani Borang Keluaran dan Indemniti.
    Minggu ke 37 ke atas : Tidak dibenarkan menaiki pesawat.
  4. Malaysia AirlinesSekiranya anda melakukan perjalanan ketika hamil wajib ade surat doktor.
    Minggu ke 36 : Tidak dibenarkan menaiki pesawat.
  5. KLMMinggu ke 36 : Tidak dibenarkan menaiki pesawat dan tidak menggalakkan terbang semasa minggu pertama selepas melahirkan anak dan untuk bayi anda juga.
  6. Singapore AirlinesMinggu ke 28 dan ke bawah : Tidak perlu pengesahan. Walau bagaimanapun, sijil perubatan mesti dikemukakan untuk penerbangan pulang jika ia dijadualkan melebihi minggu ke-28 kehamilan anda.
    Minggu ke 29 hingga 36 : Wajib memiliki surat doktor.
    Minggu ke 37 :Tidak dibenarkan menaiki pesawat.
  7. JetStarMinggu ke 28 dan ke atas : Dibenarkan untuk menaiki pesawat tetapi harus memiliki surat doktor.
    Minggu ke 36 : Boleh bagi penerbangan lebih dari 4jam.
    Minggu ke 40 : Boleh bagi penerbangan kurang dari 4jam.
  8. Royal Brunei
    Minggu ke 28 dan ke bawah : Dibenarkan menaiki pesawat tanpa perlu mengemukakan surat doktor.
    Minggu ke 28 – 36 : Wajib memiliki surat doktor.
    Minggu ke 37 :Tidak dibenarkan menaiki pesawat.
  9. Qatar Airways
    Minggu ke 28 : Disyorkan untuk memiliki surat doktor. Tak Perlu isi borang (MEDIF)
    Minggu ke 29 – 32 : Wajib memiliki surat doktor. Tak Perlu isi borang (MEDIF)
    Minggu ke 33 – 35 : Wajib memiliki surat doktor dan mengisi borang (MEDIF) yang boleh dimuat turun di sini.
    Minggu ke 36 : Tidak dibenarkan menaiki pesawat.
  10. EtihadMinggu ke 28 : Dibenarkan untuk menaiki pesawat.
    Minggu 29 – 36 : Wajib memiliki surat doktor.
    Minggu ke 37 : Tidak dibenarkan menaiki pesawat.
  11. EmiratesMinggu 29 – minggu 36 : Wajib memiliki surat doktor. Boleh download medical certificate standard dari web Emirates.
    Minggu ke 37 :Tidak dibenarkan menaiki pesawat.
  12. Cathay Pacific
    Minggu ke 28 : Dibenarkan untuk menaiki pesawat dan wajib memiliki surat doktor.
    Minggu ke 37 : Tidak dibenarkan menaiki pesawat.

Selain daripada syarat-syarat daripada syarikat penerbangan ini, apa yang penting sebenarnya ialah anda perlu tanya dengan doktor anda jika anda layak untuk menaiki kapal terbang atau tidak. Pastikan juga anda mendapatkan surat bertandatangan doktor yang tidak melebihi satu bulan dari tarikh penerbangan yang memperakukan perjalanan anda.

Jika doktor sudah memberikan ‘lampu hijau’ dan anda tidak mempunyai komplikasi yang membahayakan diri dan bayi dalam kandungan, pastikan perancangan percutian atau kerja yang harus dilakukan itu tidak terlalu padat sehingga tiada ruang untuk anda rehat.

Lebih baik rancang perjalanan yang tidak memakan masa yang lama. Jika di dalam penerbangan, janganlah duduk sehingga enam jam tanpa berdiri dan berjalan. Ini adalah untuk memastikan darah di dalam badan anda mengalir dengan baik.

Pastikan anda minum air secukupnya. Ini untuk mengurangkan kejadian darah beku.

Jangan lupa juga untuk membawa salinan buku kehamilan. Sekiranya terjadi apa-apa, doktor yang harus mengambil kes anda sudah mempunyai maklumat tentang anda dan bayi dalam kandungan.

Bawa supplemen atau ubat-ubatan yang perlu di dalam beg tangan dan bukan di dalam bagasi. Ini adalah untuk mengelak dari kehilangan supplemen jika bagasi anda hilang.

Semak insurans perjalanan anda sama ia telah melibatkan masalah kehamilan ataupun tidak.

Selain itu, selidik hospital terdekat yang boleh menangani masalah anda di tempat percutian tersebut jika terdapat sebarang komplikasi.

Akhir sekali, rancang perjalanan anda sebaik-baiknya dan jangan lupa untuk menikmati percutian sebelum bayi dilahirkan.

Selamat bercuti kepada anda bakal ibu.

Comments

comments