Home Selebriti Tuah Bergolek – Harith Iskander Ke Pentas Dunia!

Tuah Bergolek – Harith Iskander Ke Pentas Dunia!

499 views
0
SHARE

Netflix, peneraju utama perkhidmatan hiburan internet di dunia akan melancarkan rancangan komedi Asia Tenggara yang pertama yang menampilkan pelawak Malaysia yang terkenal iaitu Harith Iskander pada 19 Januari ini.

Rancangan satu jam bertajuk “I Told You So” akan merangkumi pelbagai topik termasuk kekeluargaan, pengalaman janggal pasangan sedang bercinta, sosial dan kebudayaan yang sering dialami oleh masyarakat di Malaysia dan Singapura.

Selain Harith Iskander, Netflix juga akan menampilkan persembahan pelawak Singapura, Fakkah Fuzz serta pelawak tunggal Malaysia, Kavin Jay ke pentas dunia pada awal 2018.

Jiwang Media mengucapkan tahniah kepada Harith atas kejayaan dikecapi oleh beliau dan pada masa yang sama dapat mengharumkan nama Malaysia di mata dunia.

Comments

comments