Home Santai Tuah Kena Cerai, Intan Saleh Jadi Idaman Para Usahawan

Tuah Kena Cerai, Intan Saleh Jadi Idaman Para Usahawan

36 views
0
SHARE

“Kadang tuhan sembunyikan matahari, dan datangkan pelangi selepas hujan”. Itulah nasib yang menimpa seorang wanita tabah bernama Intan Liana Saleh. Sempat juga penulis bertegur siapa dengan tuan punya badan sewaktu pelancaran platform gedung atas talian Mr. DIY semalam. Meski berduyun-duyun tawaran dari jenama perniagaan diterimanya… jiwa dan tutur katanya tetap santun memikat hati.

Merupakan bekas isteri kepada Ude Wahid, Intan sama sekali tidak pernah menerima ketentuan ini sebagai sebuah kegagalan dalam hidupnya. Semangat untuk bina hidup baharu untuk kedua anaknya Arish Murqi, 3, dan Ariq Murqi, 1, itulah yang dijadikan keutamaan.

Disunting Ramai Usahawan Lepas Bergelar ‘Janda’

Benar kata orang, insan teraniya itu jika terus bersabar akan mendapat ganjaran lebih besar daripada Allah s.w.t. Kecekalannya sudah tentu menjadi inspirasi bagi kebanyakan wanita di luar sana dan berkat daripada terus menahan kekecewaan yang melanda hidupnya selepas dicerai Ude Wahid, banyak tawaran yang diterima daripada para usahawan tempatan sekaligus membuka peluang Intan menjadi model muslimah.

Antara jenama yang pernah bekerjasama dengan Intan adalah termasuk Tudung (Datuk Seri Aliff Syukri) Aliff by Sha, jenama pakaian muslimah Ashh & Annas, Matteness by Shara dan banyak lagi.

Kakak Banyak Ajar Selok-Belok Tentang Dunia Fesyen

Menurut Intan, kakak sulungnya, Roza Saleh, yang kini merupakan pengurusnya (dahulu pengurus sementara pelakon Nadia Mustafa) adalah tempat dia untuk bergantung harap. Jika harus kemana-mana atas tuntutan kerja seperti sesi photoshoot dan menghadiri udangan, kakak sulungnya yang akan menemani. Bukan tidak ada lesen tetapi Intan mengakui yang di belum memiliki kereta sendiri buat masa ini.

Baginya memang agak kekok pada awalnya tetapi kakak sulungnya itu yang banyak memberi semangat dan mengajarnya untuk mengenal dunia glamor.

Intan Lancar Kosmetik Sendiri

Teringin juga mengecapi kejayaan sebagai seorang usahawan, Intan kini sudah melancarkan produk sendiri yang berupa rangkaian pelembap bibir dipanggil Lawabybonda. Menurut Intan, produk kosmetiknya itu hanya dijual secara atas talian menerusi Instagram.

Comments

comments